Pembayaran STR Fasa 1 Mulai Februari 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 yang sebelum ini dikenali sebagai Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mula dibayar secara berperingkat mulai Februari 2024
STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.
Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Pembayaran bantuan ini diawalkan pada Februari 2024 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Pembayaran bantuan STR ini akan melibatkan peruntukan sebanyak (akan dikemaskini) kepada tiga kategori penerima yang disebutkan sebelum ini.
Belanjawan 2024 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa
Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan
- Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
- Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
Jumlah Pembayaran STR Fasa 1 2024
Pembayaran bagi Fasa 1 akan melibatkan jumlah seperti berikut:
Proses Pembayaran STR Fasa 1 2024
Proses pembayaranSTR ini akan dikreditkan seperti berikut:
Ada Akaun – Pengkreditan mulai Februari 2024 secara berperingkat.
Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.
Semakan Status Pembayaran STR Fasa 1 2024
Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ mulai Februari 2024
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaranSTR Fasa 1 2024, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Artikel Lain
PERMOHONAN SEMULA RAYUAN STR(Kenapa Tak Lulus & Kod)
[…] Pembayaran STR Fasa 1 Mulai Februari 2024 […]