CARA BUAT PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM (Berapa Kos  & Dokumen)

CARA BUAT PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM (Berapa Kos  & Dokumen)

Kepada pemandu daripada syarikat e-Hailing semestinya kena buat pemeriksaan e-Hailing Puspakom. Disini kami akan kongsikan cara membuat pemeriksaan, dokumen diperlukan dan kos yang

 

APA ITU PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian.

 

KEKERAPAN PEMERIKSAAN e-HAILING 

Berikut adalah merupakan kekerapan pemeriksaan PUSPAKOM:

  1. Pemeriksaan Berkala Pertama
    • Wajib bagi kenderaan yang telah mencapai usia kenderaan
      • CKD – daripada tarikh didaftarkan di JPJ
      • CBU – daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan
    • Ingin mendaftar dengan pihak JPJ/APAD/LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia lebih 3-10 tahun.
    • Dilakukan sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran di JPJ
  2. Pemeriksaan Berkala
    • Perlu dilakukan bagi kenderaan e-hailing yang berusia 3 tahun
    • Telah berdaftar dengan JPJ/APAD/LPKP sebagai kenderaan e-hailing semasa kenderaan berusia 3 tahun.
    • Dilakukan setiap 12 bulan.
  3. Pemeriksaan Berkala Semula
    • Bagi kenderaan yang Gagal pemeriksaan berkala.
    • Perlu hadir pemeriksaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Gagal

 

KADAR HARGA PEMERIKSAAN e-HAILING

Berikut adalah merupakan kadar harga pemeriksaan yang dikenakan mengikut jenis pemeriksaan iaitu:

  • Berkala Pertama : RM70
  • Berkala : RM55
  • Semula : RM25
  • Khas : RM25
  • Arahan Pihak Berkuasa : RM35
  • Pemeriksaan Sukarela : RM50

Nota: Fi Pemeriksaan tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bagi pemeriksaaan PUSPAKOM:

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau;
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan / Salinan VOC yang disahkan oleh JPJ atau;
  • Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)

 

PANDUAN PEMERIKSAAN E-HAILING PUSPAKOM

Berikut adalah merupakan panduan cara pemeriksaan PUSPAKOM:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Buat Pemeriksaan e-Hailing Puspakom, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *