PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)

Utama / PENCEN PENAKAT PERKESO / PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)

 PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)

Kepada pencarum Perkeso, semestinya anda mengetehaui tentang pencen Penakat Perkeso. Ia adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan. Disini kami kongsikan mengenai pencen Penakat Perkeso, semoga membantu.

 

 

APA ITU SKIM KEILATAN

 

Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

 

Faedah yang terdapat dibawah skim keilatan ini adalah pencen Penakat Perkeso.

 

 

APA ITU PENCEN PENAKAT PERKESO

 

Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Jika suami / isteri anda bekerja dan ada potongan KWSP dan SOCSO, apabila berlaku kematian suami atau kemalangan yang tidak boleh suami anda bekerja sepenuhnya, pencen Penakat boleh dituntut.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
  • Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya

 

TEMPOH KELAYAKAN PENUH

 

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

 

KADAR PENCEN PENAKAT

 

Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

 

Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

 

Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

 

 

CONTOH PENGIRAAN:

 

  1. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
    1. Tarikh masuk skim > 01/09/2011
    2. Tarikh kematian > 01/01/2015
    3. Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014

`

 

  1. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
    1. Tarikh masuk skim > 01/07/1999
    2. Tarikh kematian > 01/01/2015
    3. Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
    4. 2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

 

Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

 

 

TEMPOH KELAYAKAN YANG DIKURANGKAN

 

Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen Penakat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

 

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:

  • Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh kematian.
  • Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

 

 CONTOH PENGIRAAN :

 

Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar

  1. Tarikh masuk skim > 01/07/1999
  2. Tarikh kematian > 01/01/2015
  3. Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014> 186 bulan
  4. 1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman

Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

 

ORANG TANGGUNGAN DAN KADAR HARIAN

 

Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:

 

Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Skim Keilatan dan faedah Pencen Penakat Perkeso boleh layari di DISINI 

ARTIKEL LAIN 

SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO: CARA DAFTAR DAN GUNA PORTAL PERKESO (assist.perkeso.gov.my)

DAFTAR AKAUN MATRIX PERKESO: CARA REGISTER/LOGIN/PEMBAYARAN & REKOD CARUMAN

assist.perkeso.gov.my:DAFTAR/REGISTER/LOGIN/GUNA PORTAL ASSIST PERKESO(Cara Buat Caruman & Bayaran Online)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *