PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) MALAYSIA

Utama / PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN / PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) MALAYSIA

PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) MALAYSIA 2024

Kepada individu yang ingin menyertai Pegawai bomba Bantuan (PBB) terkini sesi pengambilan bagi tahun 2024  telah dibuka di di Jabatan Bomba dan Penyelamat di Negeri Sembilan. Bagaimana cara membuat permohonan Pegawai Bomba Bantuan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PEGAWAI  BOMBA BANTUAN

Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif kepada orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri dan perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Pegawai Bantuan Bomba yang terpilih perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan dan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.

 

SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  1. Warganera Malaysia;
  2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
  5. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Mempunyai penglihatan yang baik;
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
    • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa
    • Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai

 

KADAR ELAUN PEGAWAI BOMBA BANTUAN 

Kadar bayaran elaun berdasarkan tempoh waktu berkhidmat.

  • RM8/Sejam

 

TARIKH PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Permohonan dibuka mulai sekarang

 

MUAT TURUN DOKUMEN PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Berikut adalah merupakan pautan muat turun dokumen:

  1. Borang Permohonan Borang PBB 3
  2. Notis kebenaran daripada Majikan Borang PBB 4 (sekiranya berkaitan)

 

CARA PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Berikut adalah merupakan cara permohonan bagi yang berminay untuk menyertai:

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang trerdekat)
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
    • Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
    • Noti Kebenarana daripada Majikan;
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada balai bomba berhampiran

 

TARIKH TEMUDUGA PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my

 

TARIKH TEMU DUGA UJIAN FIZIKAL PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Tarikh temuduga ujian fizikal akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my

 

PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) NEGERI PERAK

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibuka bagi negeri Perak bagi kawasan berikut:

  • BBP Trong
  • BBP Ayer Tawar
  • BBP Batu Kurau
  • BBP Gerik
  • BBP Gopeng
  • BBP Kampong Gajah
  • BBP Lenggong
  • BBP Bidor
  • BBP Pantai Remis
  • BBP Parit
  • BBP Pengkalan Hulu
  • BBP Pulau Pangkor
  • BBP Seri Iskandar
  • BBP Tambun
  • BBP Tanjung Malim
  • bomba bantuan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 September 2022.

CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati:
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
    • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
  • Hantarkan borang permohonan yang lengkap diisi ke
    • Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Persiaran Meru Utama, 30020 Ipoh Perak

 

MAKLUMAT LANJUT PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan Pegawai bomba bantuan (PBB), anda boleh layari website rasmi Bomba di pautan https://www.bomba.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT  (PERMOHONAN ONLINE)

E-PENGAMBILAN TUDM :CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

epengambilanpdrm.rmp.gov.my:CARA DAFTAR/REGISTER/LOGIN & PERMOHONAN KERJA POLIS

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *