PENGAMBILAN TLDM PERAJURIT MUDA (PTM)(navy.mil.my)

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PTM) TLDM (navy.mil.my)

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 228/24 Lepasan SPM/SVM (lelaki dan wanita) dan lepasan diploma kejuruteraan (lelaki). Pemilihan pengambilan ini terbuka kepada belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan secara atas talian, semoga membantu.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM

Berikut adalah syarat umum:

  • Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  • Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 5 Disember 2024
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  • Taraf perkahwinan – Bujang
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

SYARAT KHUSUS PENGAMBILAN TLDM

Syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance

Kepada yang berminat, anda boleh memohon secara atas talian melalui maklumat yang tertera di bawah.

GAJI / ELAUN / KEISTIMEWAAN TLDM

  1. Gaji permulaan :
GajiJumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00
Diperjawatkan (kelulusan):
SPM atau SVM
SPM dan SKM Tahap 2
SPM dan SVM Tahap 3
Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)
RM1,879.00
RM1,945.00
RM2,011.02
RM2,341.07
  • *Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

TARIKH PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM

Berdasarkan kepada makluman oleh TLDM, berikut adalah tarikh rasmi pemilihan perajuri muda Tentera Laut DiRaja Malaysia (secara atas talian) bagi siri 228/24:

Tarikh mula permohonan: 15 Mei 2024
Tarikh tamat permohonan: 15 Jun 2024
Layari Borang Permohonan TLDM (Pengambilan Perajurit Muda Siri 228/24). Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 228/24 secara walk-in mengikut lokasi yang ditetapkan bermula 18 APRIL HINGGA 10 MEI 2024.

TARIKH & LOKASI PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 228/24

Berikut adalah merupakan tarikh dan lokasi pemilihan perajuti muda TLDM seperti berikut:

  • Zon Utara
    • 18 April 2024 (Khamis) Kedah – Kolej Tentera Udara Alor Setar
    • 21 April 2024 (Ahad) Perak – SKTLDM SITIAWAN
  • Zon Pantai Timur
    • 18 April 2024 (Khamis) – MSS Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan
    • 21 April 2024 (Ahad) – Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang
  • Zon Selatan
    • 24 April 2024 (Rabu) – Pangkalan TLDM Johor Bahru, Johor
  • Zon Tengah
    • 24 April 2024 (Rabu) – KD Sri Gombak, Kuala Lumpur
  • Zon Sarawak
    • 10 Mei 2024 (Jumaat) – RNO Kuching, Sarawak
  • Zon Sabah
    • 30 April 2024 (Selasa) – Dewan Azim RK Taman Samudera, Batu 5 Sandakan
    • 3 Mei 2024 (Jumaat) – KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
    • 7 Mei 2024 (Selasa) – KD Sri Tawau

CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pemilihan TLDM ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:
    • Waktu pendaftaran : 0800H hingga 0830H
    • Waktu pemilihan : 0830H hingga 1700H
    • Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan
  2. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:
    • Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat
    • Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
    • Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat
    • Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat
  3. Pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TLDM

Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sila rujuk  Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia

Artikel Lain 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *