PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA (PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS)

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA (PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS)

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA

Untuk pengetahuan anda, jika anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama , anda boleh buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN

Guna jugaPTPTN ONLINE : SEMAKAN BAKI & BAYARAN BALIK

 

SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN KELAS PERTAMA
sebelum anda membuat permohonan pengecualian, ada baiknya anda ketahui syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
  2. Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain
  5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

 

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN , Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

PEMINJAM YANG MENAMATKAN PENGAJIAN SEBELUM 1 JANUARI 2019

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

 

PEMINJAM YANG MENAMATKAN PENGAJIAN MULAI 1 JANUARI 2019

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
  • Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.Slip Gaji Terkini.Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).Penyata Cukai Taksiran Terkini.Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.Penyata Pencen.Penyata Pencen Penakat (PERKESO).Sijil Kematian.Sijil Cerai.Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).Surat Akuan Sumpah (Penjaga).*(mana-mana yang berkaitan)

 

Maklumat*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.

2 thoughts on “PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA (PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS)”

Leave a Comment