PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP(Step By Step)

CARA KELUARKAN WANG AKAUN FLEKSIBEL KWSP KE AKAUN BANK

Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk permohonan pengeluaran akaun 3 KWSP ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai akaun ini, semoga membantu.

APA ITU AKAUN 3 KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

SEDIA ADADIJENAMAKAN SEMULAPERATUS PECAHANKETERANGAN
Akaun 1Akaun Persaraan75%Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara
Akaun 2Akaun Sejahtera15%Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa
Akaun 3
(Baharu)
Akaun Fleksibel10%Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman anda, berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Kepada anda yang ingin membuat pengeluaran akaun 3 KWSP (Akaun Flexible), berikaut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi KWSP i-Akaun dan log masuk ke akaun anda
  2. Seterusnya klik pada Pengeluaran > Keluarkan simpanan anda
  3. Kemudian Pilih jenis pengeluaran anda dan klik Akaun Fleksibel
  4. Paparan akan menunjukkan jumlah yg boleh dikeluarkan yang tertera di bahagian kanan atas seperti “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  5. Untuk mengeluarkannya, klik pada Keluarkan Sekarang
  6. Selepas memohon pengeluaran, tunggu kelulusan dan duit akan dikreditkan selepas 7 hari (bekerja) permohonan kita diluluskan.
  7. Anda boleh mengeluarkan sehingga had maksimum harian iaitu RM250.

BAGAIMANA JIKA TIDAK MENERIMA TAC SEMASA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP?

Sekiranya anda update applikasi KWSP dan tidak menerima no TAC, maka layarilah link di bawah untuk membuat permohonan PINDAHAN atau PENGELUARAN:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara pengeluaran akaun 3, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *