SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP (Check pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

Utama / PENGELUARAN KHAS KWSP / SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP (Check pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP (Check pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

 

Berita baik buat pencarum KWSP. Apa yang ditunggu-tunggu telah datang, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10000.Pengeluaran RM10k ini dibenarkan selepas kerajaan telah meniliti dan mengkaji permintaan daripada para pencarum dan pihak yang lain.

Berita baik ini diumum pada sidang media yang dijalankan pada 16 mac 2022, Perdana Menteri telah mengumumkan berkenaan pengeluaran khas KWSP.

 

SYARAT PENGELUARAN 

Sebelum anda pergi lebih lanjut, anda harus memahami syarat-syarat yang ditetapkan. Syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah.
  • Merupakan pencarum KWSP
  • Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

 

AMAUN PENGELUARAN  KHAS KWSP

Para pencarum boleh mengeluarkan secara maksimum sehingga RM10,000 dan juga paling minimum sebanyak RM50.

Tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mengcukupi, simpanan akaun 1 akan di akses. Untuk semakan penyata baki akaun, layari i-akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

 

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Permohonan pengeluaran akaun KWSP ini boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022.

  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik Mohon Sekarang
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran.
  6. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran Anda dengan menaip amaun pilihan
  7. Tekan TERUSKAN
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan Tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.

NOTA:

  • Permohonan ini hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  • Kunci masuk maklumat yang betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran.
  • Pilih amaun yang dimohon mengikut keperluan. Pindaan amaun atau pembatalan TIDAK DIBENARKAN selepas permohonan dikemukakan.
  • Bagi anggota perkhidmatan awam yang memohon Pengeluaran Khas, anda berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
  • Baca dulu panduan ini, dengan teliti dan lihat gambar yang dilampirkan, dan anda boleh MULA MEMOHON.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K (Daftar pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS 

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.
  • Sekiranya laman web sesak, anda masih boleh membuat permohonan dalam masa tempoh yang diberikan.

 

TARIKH SEMAKAN KELULUSAN PENGELUARAN KHAS 

  • Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

 

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENGELUARAN KHAS

Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP

  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik teruskan
  3. Klik Semak Status Permohonan
  4. Masukkan No. IC dan No. Telefon Bimbit, tandakan ‘saya bukan robot’ dan klik Semak Status
  5. Paparan ‘Permohonan diterima’ akan ditunjukkan

 

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS 

  • Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 18 April 2022.

 

SOALAN LAZIM

Berapakah jumlah pengeluaran KWSP ini?

Sebanyak RM10,000

Apakah syarat umum pengeluaran khas ini?

Pencarum berumur 55 tahun ke bawah.

 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE(Guna i-Akaun)

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)

e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)

 

 

 

10 Comments

  1. Terima kasih atas sokongan PM kepada rakyat Malaysia.semoga Allah merahmati kita semua dan lindungi kita semua daripada wabak.yg menular tinggi.dng adanya bantuan seperti ini.menringankan sedikit sebanyak yg memerlukan.. seperti saya.tiada kerja .. terima kasih atas perkongsian info.semoga Allah kebalikan keamanan negara Malaysia tercinta.. insyaallah.amiin

  2. Terima kasih atas perkongsian info.pm dan yg berkaitan.. semoga Allah merahmati kita semua amiin ya Rabbal Alamin. saya sebagai rakyat Malaysia.tepat dng keadaan sekarang.. terima kasih PM Malaysia kita.semoga Allah melindungi kita semua amiin ya Rabbal Alamin

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *