WAKTU OPERASI BARU KLINIK KESIHATAN KKM 2024 SELURUH NEGERI

WAKTU OPERASI BARU KLINIK KESIHATAN KKM 2024 SELURUH NEGERI

Terkini bagi mengurangkan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat satu inisiatif baru dengan memanjangkan waktu operasi bagi klinik-klinik kesihatan yang terpilih.

 

TUJUAN PEMANJANGAN WAKTU OPERASI  KLINIK KESIHATAN

Pemanjangan waktu klinik ini adalah waktu operasi bagi Klinik selepas waktu bekerja pada setiap hari dan hari mingguan seperti yang ditetapkan. Oleh itu penduduk di sekitar kawasan ini boleh ke klinik kesihatan ini untuk mendapatkan rawatan, terutamanya bagi kes-kes ringan.

Walaubagaimanapun, bagi kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan dan segera, pesakit boleh terus ke Jabatan Kecemasan.

 

WAKTU OPERASIBARU KLINIK KESIHATAN 2024

Berikut adalah merupakan waktu baru bagi klinik kesihatan iaitu:

  • Negeri-Negeri Selain Kedah, Kelantan, dan Johor
    • Isnin hingga Jumaat dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam
    • Sabtu bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
    • Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Ahad serta Cuti Umum.
  • Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor
    • hari Ahad hingga Khamis dipanjangkan  00 petang hingga 9.30 malam
    • Sabtu bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
    • Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat serta Cuti Umum.

NOTA:Walau bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.

 

SENARAI KLINIK KESIHATAN DIPANJANGKAN WAKTU OPERASI BARU

Sebanyak 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti boleh dilaksanakan perpanjangan waktu seperti berikut:

NEGERISENARAI KLINIK
WP Kuala LumpurKlinik Kesihatan Kuala Lumpur
WP PutrajayaKlinik Kesihatan Putrajaya Presint 9
SelangorKlinik Kesihatan Kajang
Klinik Kesihatan Ampang
Klinik Kesihatan Botanik
Klinik Kesihatan Ehsan
Klinik Kesihatan Taman Medan
Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam
JohorKlinik Kesihatan Sultan Ismail
Klinik Kesihatan Mahmoodiah
Klinik Kesihatan kulai Besar
Klinik Kesihatan Pontian
Klinik Kesihatan Mengkibol
Klinik Kesihatan batu Pahat
Klinik Kesihatan Bandar Maharani
KedahKlinik Kesihatan Alor Setar
Klinik Kesihatan Kulim
Klinik Kesihatan Sungai Petani
Klinik Kesihatan Kuah
Klinik Kesihatan Padang Matsirat
KelantanKlinik Kesihatan Bandar Kota Bharu
MelakaKlinik Kesihatan Masjid Tanah
Klinik Kesihatan Alor Gajah
Klinik Kesihatan Jasin
Klinik Kesihatan Merlimau
Klinik Kesihatan Ayer Keroh
Klinik Kesihatan Peringat
Negeri SembilanKlinik Kesihatan Port Dickson
Klinik Kesihatan Bahau
Klinik Kesihatan Seremban
PahangKlinik Kesihatan Bandar
PerakKlinik Kesihatan Tapah
Klinik Kesihatan Teluk Intan
Klinik Kesihatan Greentown
Klinik Kesihatan Kamunting
Klinik Kesihatan Taiping
Klinik Kesihatan Setiawan
Klinik Kesihatan Tanjung Malim
PerlisKlinik Kesihatan Kuala Perlis
Klinik Kesihatan Kangar
Pualau PinangKlinik Kesihatan Bayan Baru
Klinik Kesihatan Seberang Jaya
SabahKlinik Kesihatan Inanam
Klinik Kesihatan Luyang
Klinik Kesihatan Menggatal
Klinik Kesihatan Lahad Datu
Klinik Kesihatan Penampang
Klinik Kesihatan Putatan
Klinik Kesihatan Sandakan tawau
SarawakKlinik Kesihatan Jalan Masjid
Klinik Kesihatan Bintulu
Klinik Kesihatan Lanang

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pemanjang tempoh waktu operasi Klinik Kesihatan, sila layari website rasmi KKM di pautan https://www.moh.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

7 Comments

  1. saya berharap kerajaan lulus untuk rakyat mengeluarkan rm10 ribu dari akaun 1, di sebab seperti saya dh 1 tahun 2 bulan takde pekerjaan, tiap tiap hari bank bank yg berkenaan, yg kita hutang personal loan, loan kereta dan creadit kat. cuba fikir bunga bank akan meningkat kalau kita tak mampu bayar loan loan kita tangguh kan, dan kereta akan di tarik, macam mana kita nak cari reziki tanpa kenderaan, harap tiap tiap bulan kwsp akaun 2 rm500? bayar sewa rumah pun tak cukup. dahlah anak sulung saya OKU kena beli pampers untuknya. bsh pun di tolak, sekarang pinjaman along untuk isi penuh peruk 3 anak dan isteri saya. saya ada cuba loan nak buat sedikit perniagaan tapi bank bank tidak meluluskan sebab kita hutangnya tidak mampu bayar jadi personal credit score lower. macam nak terus masa depan keluarga dah jadi buntu, saya berharap rm10 ribu diluluskan secepat mungkin kalau tak padang duit kwsp kita cuma bayar bunga bank sahaja.

  2. Saya mohamad zamri ingin menukar no akaun bank untuk bantuan bpn dah bsh kerana nombor akaun bank saya yang ada dalam pemohonan ialah no akaun isteri saya, dimana kah kah harus saya membuat penukaran no akaun bank untuk mendapat bsntuan seterusnya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *