Semakan Permohonan Online Pengeluaran Khas KWSP(Check pengeluarankhas.kwsp.gov.my)
Bagi yang telah buat permohonan Khas KWSP dengan i-Akaun sebelum ini, pastikan jangan lupa buat semakan permohonan Khas KWSP juga. Anda perlu lihat status bayaran samada duit sudah masuk atau belum.
Cuma bagi yang masih belum mohon, boleh ikuti cara buat permohonan pengeluarankhas.kwsp.gov.my tanpa iAkaun yang terkini.
Siapakah Layak Buat Pengeluaran Khas ?
Semakan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP online
Semakan status i-Khas di pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Kini, TANPA LOGIN i-AKAUN KWSP pun, anda boleh buat semakan status pengeluaran dan pembayaran pengeluaran Khas KWSP
Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP
- Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik teruskan
- Klik Semak Status Permohonan
- Masukkan No. IC dan No. Telefon Bimbit, tandakan ‘saya bukan robot’ dan klik Semak Status
- Paparan ‘Permohonan diterima’ akan ditunjukkan
Semakan status Pengeluaran Khas KWSP di bahagian e-Pengeluaran KWSP
Anda perlu login i-Akaun KWSP untuk semak duit KWSP sudah masuk atau belum.
- Login ke i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pastikan ini adalah login untuk Ahli
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
- Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
- Klik Pengeluaran di bahagian menu di atas
- Klik e-Pengeluaran di bahagian menu sebelah kiri atas
- Anda akan nampak butiran berikut untuk lihat status Pengeluaran Khas KWSP:
- No
- Jenis Pengeluaran
- Status
- Tarikh Permohonan
- Tarikh Kemaskini
- Tindakan
- Sila lihat pada bahagian Jenis Pengeluaran
- Pastikan Jenis Pengeluaran ialah Pengeluaran Khas KWSP
- Sila lihat pula pada bahagian Status
- Pastikan Status ialah Lulus
- Sila semak akaun bank anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.
Semakan Pengeluaran Khas KWSP di Inbox i-Akaun
Anda perlu login portal dah semak bahagian Inbox iaitu adanya Mesej Baru.
- Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
- Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
- Klik Inbox di bahagian menu atas
- Anda akan dapat lihat subjek Permohonan Pengeluaran i-Khas Diluluskan / Withdrawal i-Khas Application Approved
- Klik subjek untuk lihat keterangan
- Mesej yang akan tertera ialah semasa pendaftaran permohonan dahulu ialah seperti berikut:
Semakan Pengeluaran Khas KWSP di app i-Akaun
- Jika anda guna Android, download app KWSP i-Akaun dari Google Play terlebih dahulu
- Jika anda guna iPhone, download app KWSP i-Akaun dari Apple App Store dahulu
- Masukkan Username
- Masukkan Password
- Tekan Login
- Jika terlupa, klik Forgot User ID or Password?
- Selepas login, akan ada mesej yang terpapar.
- Klik OK
- Klik View Transaction History
- Jika ada pengeluaran, ia akan terpapar di situ
Bila dapat duit Pengeluaran Khas KWSP ?
- Terkini pembayaran bagi Pengeluaran Khas yang dijadualkan pada 20 April 2022 telah diawalkan pada 18 April 2022 bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan
- Bayaran akan dibuat kepada penerima yang lulus dalam dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment)
ARTIKEL LAIN
CARA KEMASKINI NO TELEFON PENGELUARAN KHAS KWSP BAGI PROSES OTP/TAC
sebap saya mohon i lestari i sinar xlulus..??,begitu ka kerajaan buat kepada ibu tunggal yang cuma berkerja security..Buli saman kalau saya mengaku ibu tunggal yang kaya kamu kasih lulus ada terfikir ka sewa rumah cukup gaji security blnja anak…Rm500 tu banyak ka ckup bayar hutang pon tidaK sebelum kamu kasih lulus i sinar ke 2 saya dengan anak sudah merempat di tengah jalan akan saya buktikan nanTi..
Bagaimana nak mohon lagi ye kerana i sinar akaun 1 masa tu tersalah pilih amount.. Jadi bolehkah mohon sekali lagi?? Apa perlu buat?? Ada talian lain x utk saya keluarkan baki amount dlm akaun 1??
saya salah pililh tarikh d amount. . tarikh dh tamat tempoh. .bukan 6 bulah tg dijanjikan. .cuma dua bulan saja. . boleh dikemaskini lagi ke. .
Tukar nombor baru