PENJANA KERJAYA 3.0 PEMULIH:CARA PERMOHONAN DAFTAR PEKERJA MAJIKAN(myfuturejobs.gov.my)
Melalui pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju melanjutkan Penjana Kerjaya dan dijenamakan sebagai Penjana Kerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan.
Sama ada anda adalah majikan, graduan atau pencari kerja, anda adalah layak untuk menerima insiatif dari Penjana Kerjaya 3.0 dari pakej PEMULIH yang diumumkan.
SEMAKAN PENAMBAHBAIKAN PENJANA KERJAYA 3
Seperti sedia maklum, PENJANA KERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Secara ringkasnya, syarikat yang telah daftar PENJANA KERJAYA ini akan diberi insentif kewangan oleh kerajaan jika mengambil pekerja baru dan penganggur yang memohon berpeluang mendapat pekerjaan baru. Berikut adalah penambahbaikkan Penjana Kerjaya 3.0 PEMULIH :
- Malaysianization
- Mengurangkan had kelayakan gaji daripada 1,500 ringgit kepada 1,200 ringgit untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.
- Majikan akan menerima 40% daripada kadar gaji dan insentif sebanyak 20% dari kadar gaji akan dibayar terus kepada pekerja.
- Golongan Mudah Terjejas
- Tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan.
- Program KerjayaGig
- Skop insentif pengambilan pekerja meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan penganggur tegar (lebih 180 hari)
- Pekerja akan menerima RM600 sebulan untuk selama tempoh maksimum 6 bulan.
- Majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang digajikan.
- Insentif Penempatan Pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta
- Untuk kategori pekerja berkemahiran rendah
- Kadar insentif
RM300 | Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM4000 ke atas. |
RM200 | Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM3000 ke atas. |
RM100 | Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji bawah RM3000 |
Makluman : Permohonan Perjana Kerjaya 3.0 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
CARA DAFTAR MyFutureJobs (PEKERJA)
Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:
- Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut:myfuturejobs.gov.my
- Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
- Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
- Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini:
https://eisjobs.perkeso.gov.my/
CARA DAFTAR PENJANA KERJAYA 3.0 (MAJIKAN)
Bagi majikan yang ingin memohon insentif yang ditawarkan di bawah program PenjanaKerjaya, 3.0 (PEMULIHAN) berikut adalah langkahnya:
- Kekosongan pekerjaan perlu didaftarkan di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain;
- Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri
- Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my ;dan
- Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh membuat permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang diambil di bawah program ini.
- Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya 3.0 dilaksanakan?
- Bayaran insentif pertama di bawah PenjanaKerjaya akan dikreditkan ke dalam akaun majikan dalam tempoh 30 hari selepas permohonan lengkap diterima dan diluluskan.
- Bayaran insentif bulan-bulan berikutnya akan dikreditkan terus ke dalam akaun majikan selepas PERKESO menerima bayaran caruman majikan berkenaan dengan pekerja yang berkaitan.
Bagaimanakah semakan status permohonan PenjanaKerjaya 3.0 boleh dilakukan oleh pihak majikan?
Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Sistem PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my .
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana Kerjaya 3.0 ?
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank).
- Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registration Number- BRN).
- Maklumat status Golongan Mudah Terjejas seperti OKU dan Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO bagi majikan yang ingin membuat tuntutan di bawah kategori insentif pengambilan pekerja Golongan Mudah Terjejas dan perantis OKU.
Pernah dengar tentang GLOW MALAYSIA?Tempat anda mencari pendapatan tanpa batasan.
MAKLUMAT & KETERANGAN LANJUT
Anda juga boleh hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel [email protected]