CARA MUAT TURUN & DOWNLOAD PENYATA MAE MAYBANK (Bank Statement)

CARA MUAT TURUN & DOWNLOAD PENYATA MAE MAYBANK (Bank Statement)

Kepada pelanggan Maybank, tahukah anda bahawa melalui aplikasi MAE Maybank anda boleh memuat turun penyata akauan bank anda. Kepada anda pengguna kali pertama semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara download penyata MAE Bank, semoga membantu.

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

CIRI APLIKASI MAEMAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

KELEBIHAN MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA DOWNLOAD PENYATA MAE MAYBANK

Sebagai pengguna kali pertama yang ingin memuat turun bank statement Maybank, Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MAE Maybank di handphone anda.
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada halaman utama, klik pada Maybank2u dan lengkapkan sahaja proses pengesahan tersebut
  4. Seterusnya klik pada MAE kemudian klik pada View Statements
  5. Terdapat berapa pilihan untuk muat turun penyata mengikut tahun dan bulan, pilih ikut pilihan anda
  6. Untuk muat turun penyata tersebut, klik pada simbol share yang berada pada penjuru atas kanan dan anda boleh kongsikan kepada aplikasi sosial atau simpan dalam bentuk PDF dalam handphone anda
  7. Selesai, anda telah berjaya memuat turun penyata tersebut, kini anda boleh melihat segala transaksi yang anda lakukan pada penyata tersebut dengan lebih terperinci

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

 

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *