SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERANTISISWA 2022(Lulus Ke Gagal)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERANTISISWA 2022(Lulus Ke Gagal)

PERANTISISWA

Kepada pelajar B40 di intitusi pengajian tinggi (IPT), pendaftaran Pakej PerantiSiswa yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada suku kedua 2022. Melalui pakej ini, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih

 

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA 2022

Pakej PerantiSiswa adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  1. Mahasiswa warganegara Malaysia
  2. Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  3. Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
    • Universiti Awam (UA)
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  4. Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

 

TARIKH PERMOHONAN/PENDAFTARAN PERANTISISWA 2022

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi Perantisiswa KKMM

 

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang terlibat:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

CARA SEMAKAN PERANTISISWA 2022

Bagi mahasiswa yang layak akan menerima pemakluman keputusan melalui email.

 

SOALAN LAZIM

Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?

  • Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.

Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?

  • Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan ini?

  • Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

  • Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Adakah semua syarikat telekomunikasi yang terlibat melalui PerantiSiswa ini?

Tidak, untuk makluman terkini hanya syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

Bilakah boleh membuat permohonan/pendaftaran  PerantiSiswa ini?

Tempoh permohonan/pendaftaran akan bermula pada suku kedua 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Perantisiswa, anda boleh merujuk soalan lazim (faq) Perantisiswa KKMM

 

ARTIKEL LAIN

bkm.hasil.gov.my (LINK DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

 

Leave a Comment