PERLINDUNGAN TENANG: PROGRAM BAUCAR  RM50 PERLINDUNGAN TENANG B40

PERLINDUNGAN TENANG: PROGRAM BAUCAR  RM50 PERLINDUNGAN TENANG B40

PERLINDUNGAN TENANG

Kerajaan juga bercadang memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang.

Melaluinya, setiap penerima bantuan B40 akan diberi baucar 50 ringgit sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk ini termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Dalam masa yang sama, Kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi 100 ringgit untuk tempoh 5 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025.

APA ITU PERLINDUNGAN TENANG?

Inisiatif ini disasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan takaful, khususnya kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah (B40).

Pada masa ini, sebanyak 10 penanggung insurans dan pengendali takaful menawarkan produk tersebut.

Caruman untuk produk takaful keluarga  bermula daripada RM5 hingga RM13 sebulan  untuk jumlah perlindungan antara RM7,500 hingga RM40,000.

Untuk mudah faham:

  • Mudah disertai
  • Proses tuntutan yang mudah
  • Perlindungan takaful bermula dari RM7500 sehingga RM40000
  • Caruman serendah RM39 setahun (bergantung kepada umur, pekerjaan dan jantina)
  • Cara bayaran adalah tahunan dan bulanan.
  • Ia perlu di renew setahun sekali.
  • Cara memohon boleh secara online dan ada secara offline, boleh rujuk gambar dibawah

Nak mohon BPN? TARIKH AKHIR PERMOHONAN BPN 2.0 SEHINGGA 15 NOVEMBER

SENARAI PRODUK PERLINDUNGAN TENANG

PERLINDUNGAN TENANG

Bagi insurans hayat, terdapat enam syarikat yang menawarkan produk tersebut iaitu AIA Bhd, Allianz Life, Great Eastern, Hong Leong Assurance, Sun Life Malaysia dan Tokio Marine Life.

Bagi segmen Takaful pula, AIA Public Takaful Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas dan bagi insurans am, hanya Allianz General Insurans yang menyediakan tawaran produk itu di pasaran ketika ini.

Maklumat lanjut tentang produk, klik DISINI

CARA BELI PERLINDUNGAN TENANG ONLINE/MANUAL

1.Dapatkan info tentang produk terlebih dahulu daripada laman web yang disediakan syarikat-syarikat tersebut.

2.Rancangan dan pilih pakej produk berdasarkan kemampuan anda

3.Pilih produk dan buat permohonan secara atas talian

4.Isi maklumat yang diperlukan dalam laman web tersebut

5.Lengkapkan dan hantar untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak syarikat

TIPS SEMASA MEMBELI PRODUK

PERLINDUNGAN TENANG

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari portal LIAM untuk info lanjut tentang produk.

 

 

4 thoughts on “PERLINDUNGAN TENANG: PROGRAM BAUCAR  RM50 PERLINDUNGAN TENANG B40”

Leave a Comment