PERMOHONAN PERMIT UMRAH (Cara Guna Eatmarna & Tawakkalna)

Utama / PERMIT UMRAH / PERMOHONAN PERMIT UMRAH (Cara Guna Eatmarna & Tawakkalna)

PERMOHONAN PERMIT UMRAH (Cara Guna Eatmarna & Tawakkalna)

Jika anda berhasrat dan ingin menunaikan ibadah Umrah ketika Ramadhan, kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna. Pengumuman mengenai perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi dan permohonan telah dibuka seawal 6 Mac lagi.

APA ITU EATMARNA DAN TAWAKKALNA

Eatmarna & Tawakkalna merupakan aplikasi yang terdapat di google play dan Appstore yang digunakan di arab Saudi bagi membuat permohonan umrah dan chek in di mana-mana tempat di arab Saudi. Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan urusan para jemaan yang melakukan umrah di arab Saudi.

 

EATMARNA

Antara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:

 

  • Tunaikan Umrah
  • Solat Fardhu di Masjidil Haram
  • Ziarah Raudhah
  • Ziarah Makam Rasulullah
  • Mencium dan memegang Hajarul Aswad
  • Solat di Hijr Ismail

 

CARA MUAT TURUN EATMARNA

Anda boleh memuat turun aplikasi Eatmarna di link yang dikongsikan di bawah:

CARA MOHON PERMIT UMRAH EATMARNA

  1. Muat turun aplikasi Eatmarna:
  2. Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri
  3. Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar
  4. Pilih permit yang ingin dimohon
  5. Lengkapkan maklumat peribadi
  6. Pilih tarikh permit yang ingin dimohon
  7. Buat pilihan masa permit yang ingin dimohon
  8. Pilih pusat pengangkutan
  9. Semak semula butiran dan lakukan pengesahan
  10. Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah Berjaya

NOTA: Sekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.

 

CARA MUAT TURUN TAWAKKALNA

Anda boleh memuat turun aplikasi Tawakkalna di link yang dikongsikan di bawah:

CARA PENGGUNAAN TAWAKKALNA

Rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci wajib memuat turun aplikasi ini yang akan digunakan oleh mereka disana. Aplikasi Tawakkalna umpama aplikasi Mysejahtera yang kita gunakan di Malaysia.

Sebagai tambahan aplikasi ini juga akan turut mengemaskinikan status vaksinasi anda boleh membolehkan anda menunaikan ibadah Umrah dengan lancar.

  1. Muat turun aplikasi Tawakkalna:
  2. Daftar akaun anda
  3. Pilih akauan Visitor dan masukkan butiran diri
  4. Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik premis.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN VISA UMRAH & ZIARAH ONLINE (Daftar visa.visitsaudi.com)

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA(motac.gov.my/semakan/umrah)

HARGA PAKEJ UMRAH TERKINI (Semak Pakej & Agensi Ziarah )

HARGA UPAH HAJI UMRAH ( Semak Pakej Badal Haji Berdaftar )

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *