PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR 2.0:SEMAKAN STATUS(anisselangor.com/bantuanoku)

PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR 2.0:SEMAKAN STATUS(anisselangor.com/bantuanoku)

 

Dalam Pakej kita Selangor 2.0, kerajaan negeri telah melaksanakan 14 inisiatif bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat negeri tersebut. Di dalam pakej tersebut, tidak terkecuali kepada golongan OKU. Bagi golongan OKU, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM600,000 sebagai bantuan khas kepada OKU.

 

Alhamdulillah, rezeki durian runtuh. Itulah ungkapan terbaik selain memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha memberi Rezeki. Jadi, kepada pemegang kad OKU di negeri Selangor atau yang sudah bermastautin lebih daripada 10 tahun, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500/individu ini.

 

Artikel ini menerangkan kepada anda syarat-syarat kelayakkan dan dokumen yang diperlukan bagi permohonan selain daripada cara mohon bantuan khas OKU RM500 Selangor. Jika anda mengenali individu yang layak, kongsikan artikel ini supaya mereka yang memerlukan dapat manfaat daripada inisiatif ini.

 

APAKAH BANTUAN KHAS RM500 OKU SELANGOR?

 

Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM500.00 secara one-off kepada setiap OKU yang telah diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan. Objektif utama adalah untuk membantu golongan OKU berumur 19 tahun ke atas yang terjejas sumber pendapatan atau kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Sasaran permohon adalah seramai 1200  permohonan yang layak sahaja.

 

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR( Syarat & Dokumen diperlukan)

 

Sebelum anda membuat permohonan, adalah dinasihatkan untuk melihat kepada kreatiria yang diperlukan. Ini adalah penting supaya anda atau penerima yang layak tidak tercicir sebarang dokumen semasa memohon atau kurang jelas mengenai cara untuk memohon.

 

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Khas OKU Kita Selangor :

 

  1. Layari portal ANIS Selangor di https://www.anisselangor.com/bantuanoku
  2. Muat turun dokumen yang diperlukan iaitu :
  • Borang permohonan
  • Senarai semak dokumen
  • Surat pengesahan pendapatan.
  1. Isikan maklumat uang diperlukan didalam borang tersebut. Pastikan anda menyertakan dokumen yang diperlukan bersama dengan borang.
  2. Dokumen yang diperlukan adalah ;
  • Borang permohonan yang telah dicetak
  • Cop pengesahan mastautin bagi pemohon bukan kelahiran Selangor (pengesahan boleh dibuat pada borang)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  • Salinan slip gaji terakhir dan surat pemberhentian kerja sekiranya diberhentikan
  • Salinan surat pemakluman pemotongan gaji oleh majikan sekiranya gaji dipotong
  • Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (pegesahan oleh ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Kampung/Penghulu/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat)
  • Salinan penyata akaun bank (tertera bank, nama penuh dan nombor akaun pemohon)

 

  1. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  2. Anda boleh menghantar borang permohonan melalui :
  3. Emelkan kepada [email protected]
  4. Hantar ke pejabat YAWAS di alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor,

Aras 5, Kompleks Generasi muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.

Talian Hotline : 03 5481 8800

  1. Adalah diingatkan supaya borang permohonan anda lengkap seperti yang dinyatakan kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR

 

Pastikan pemohon memenuhi kretiria seperti yang dinyatakan :

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pemegang Kad OKU JKM Selangor
  4. Merupakan anak kelahiran negeri Selangor dan menetap di negeri Selangor; atau Pemastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun.
  5. Permohonan terhad kepada 1 permohonan untuk 1 keluarga sahaja.
  6. Had maksima pendapatan isi rumah adalah RM3,000

 

SOALAN LAZIM

 

Bilakah tarikh buka permohonan Bantuan Khas OKU Selangor?

 

Pemohonan Bantuan Khas OKU Selangor boleh diisi mulai 1 Julai 2021.

 

Bilakah tarikh tutup permohonan Bantuan Khas OKU Selangor?

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2021.

 

Apakah  cara pembayaran Bantuan Khas OKU Selangor?

 

Pembayaran akan dibuat melalui EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon yang layak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR boleh hubungi talian hotline 03- 5481 8800 atau layari portal www.anisselangor.com. Anda juga boleh merujuk melalui media sosial ANIS SELANGOR di Facebook, Instagram dan Youtube.

 

8 Comments

  1. Nama oku yang sudah berdaftar dengan jkm sudah sedia ada dalam sistem.Adakah pemegang kad oku yang sudah berdaftar dengan jkm perlu lagi mengisi borang permohonan.?

  2. Macam mana sy dapatkan borang untuk Mohon bantuan sy Ada kad oku Dari jkm Dan sy berkerja sebagai grab food

  3. Boleh ke saya mohon….saya orang pahang….saya oku penglihatan mata….tapi saya oku berkerja….boleh ke saya mohon khas oku selangor niew

  4. Dear Sir

    Where do i get the application form n document checklist.
    Is there any format for income confirmation letter?

    Regards

    Mdm Shanta

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *