PERMOHONAN BPN 2.0:KES PENCERAIAN/MENINGGAL DUNIA/POLIGAMI/PELAJAR

PERMOHONAN BPN 2.0:KES PENCERAIAN/MENINGGAL DUNIA/POLIGAMI/PELAJAR

PERMOHONAN BPN 2.0

Jika anda menghadapi masalah atau keliru dalam urusan BPN 2.0 bagi kes yang berkaitan penceraian, pasangan meninggal dunia,poligami dan telah berhenti belajar( telah bekerja),boleh baca dan rujuk artikel ini.

Disini,kami akan kongsikan apa yang harus anda lakukan bagi memastikan anda berjaya menyelesaikan masalah ini dengan betul dan tepat.

Berikut adalah cara penyelesaian bagi kes yang berkaitan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada LHDNM:

PERMOHONAN BPN 2.0 BAGI KES PENCERAIAN

Bagi kes penceraian pada tahun semasa di mana BPN 1.0 Lulus atas nama suami tetapi bayaran atas nama isteri.

Cara penyelesaian: Sila buat permohonan rayuan/baharu mulai 15 Oktober 2020 sekiranya menepati syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui penghantaran borang manual ke cawangan/pusat khidmat hasil(PKH)/UTC LHDNM

Nak tahu SEBAB DUIT BPN 2.0 LAMBAT MASUK?

PERMOHONAN BPN 2.0 BAGI KES PASANGAN MENINGGAL DUNIA

Bagi kes suami(penerima BPN sebelum ini) yang telah meninggal dunia.

Cara penyelesaian:Pasangan boleh buat permohonan baharu sekiranya layak.

PERMOHONAN BPN 2.0 BAGI KES POLIGAMI

Bagi kes poligami,penentuan pendapatan argregat bagi isi rumah berdasarkan pendapatan suami dan semua isteri yang ada.

Sekiranya pemohon(suami) telah lulus bantuan,isteri-isteri  akan dipaparkan sebagai tidak layak sebaliknya begitu juga jika pemohon (isteri) telah diluluskan,suami dan isteri-isteri akan dipaparkan tidak layak.

BPN 2.0 BAGI KES PELAJAR

Jika anda pemohon tidak lulus kerana alasan pelajar dan sekarang anda telah bekerja.

Cara penyelesaian: Sila buat permohonan rayuan/baharu mulai 15 Oktober 2020 sekiranya menepati syarat kelayakan. Permohonan boleh dibuat melalui penghantaran borang manual ke cawangan/pusat khidmat hasil(PKH)/UTC LHDNM

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari https://bpn.hasil.gov.my/ atau Hubungi: 03-89111000

 

 

 

 

1 thought on “PERMOHONAN BPN 2.0:KES PENCERAIAN/MENINGGAL DUNIA/POLIGAMI/PELAJAR”

  1. saya ibu tungal.masalah saya sekarang saya mengalami sakit lutut yg membuatkan saya tak boleh hndak berkerja.saya ada anak tungal perempuan pun tidak boleh membantu cuma boleh tlong saya bayar duit rumah jer.mcmana saya nk dptkan bantuan.

    Balas

Leave a Comment