PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 : CARA MOHON RAYUAN & DOKUMEN PENTING

PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 : CARA MOHON RAYUAN & DOKUMEN PENTING

PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 : CARA MOHON RAYUAN & DOKUMEN PENTING

Sebelum ini, rakyat sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh peniaga.

Kerajaan sekali lagi melaksanakan inisiatif melalui Geran Khas Prihatin 2.0 kepada golongan PKS yang terjejas covid 19 bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan serta merancakkan ekonomi .

Namun pada hari ini, 27 .11. 2020 semakan sudah boleh dibuat tetapi ramai yang tidak berjaya dalam permohonan GKP 2.0. Usah risau dan bersedih kerana GKP 2.0 juga seperti GKP 1.0 yang juga akan mempunyai rayuan.

APAKAH KOD ANDA GAGAL GKP???

SEMAK KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

 

PROSEDUR PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

  1. Anda perlu masuk ke portal BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
  2. Taip URL – https://gkp.hasil.gov.my/
  3. Anda pelu klik Butang Log Masuk yang terdapat di dalam portal.
  4. Anda perlu Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit anda dan tidak perlu memasukan – (cth: 123456107890)
  5. Taip  kata laluan yang telah anda daftarkan semasa permohonan dan klik butang semak.
  6. Setelah anda log masuk, anda boleh melakukan semakan status permohonan bagi permohonan yang anda daftarkan dahulu.
  7. Jika anda merupakan permohonan yang berstatus tidak lulus berdasarkan alasan@ kod tidak lulus yang tertentu, butang permohonan rayuan akan dipaparkan untuk anda membuat rayuan GKP 2.0.
  8. Pemohon perlu klik butang permohonan rayuan agar permohonan rayuan GKP 2.0 dapat dibuat.
  9. Pilih jenis dokumen sokongan dan nama dokumen sokongan sebagai bukti untuk di muat naik ke dalam portal
  10. Seterusnya anda perlu klik butang muat naik dokumen yang telah anda pilih dan masukan
  11. Nota*sekurang-kurangnya satu dokumen sokongan utama dan penting sebagai bukti diperlukan
  12. Klik tanda bersetuju pada ruang perakuan pemohon sekiranya anda telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  13. Kemudian anda perlu klik butang hantar permohonan rayuan .
  14. Setelah permohonan rayuan berjaya dihantar anda bolehlah melakukan semakan pada bahagian dokumen sokongan di paparan maklumat GKP 2.0
  15. Anda perlu tekan butang ok

 

ADAKAH ANDA GAGAL GKP 2.0??? MESTI ADA SEBABNYA…

KETAHUI  SEBAB/PUNCA GKP 2.0 TIDAK LULUS

 

DOKUMEN PENTING

Seperti yang sedia maklum, portal GKP 2.0 akan mengeluarkan kod gagal permohonan GKP 2.0. Semasa membuat rayuan, dokumen sokongan perlu dimuat naik sebagai bukti agensi anda wujud dan memenuhi kritirea kelayakan.

  • Dokumen pendaftaran SSM
  • Dokumen pendaftaran LHDNM dan bukti pembayaran cukai perniagaan LHDNM
  • Dokumen pendaftaran PBT
  • Borang istihar cukai kepada LHDN
  • Senarai nama pekerja
  • Bukti dokumen caruman KWSP pada pekerja

 

ANDA SUDAH SEDIA UNTUK MOHON i-SINAR KWSP???

INI  CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(PERMOHONAN GUNA i-AKAUN)

 

11 thoughts on “PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 : CARA MOHON RAYUAN & DOKUMEN PENTING”

  1. Kawan tolong isi dia buat tak operasi sedangkan masih operasi. Macam mana nak betulkan. Klu tak operasi baik tak payah apply sebab tau memang tk dapat. Tolong.

    Balas
  2. Kod tidak lulus perniagaan tidak berdaftar??
    Sekali berdaftar 31/08/2020 di bilang lewat selepas daftarkn 31/08/2020??klo mo membantu bgi sjala!sda tau pkp lesen perniagaan tamat tempo pergerakn tidak di benarkn?mo renew lepas pkp??mcm2 alasan kerajaan baru ni suda tau rakyat sengsara hidup susah?ini bukn membantu membebankn!bikin penat sja isi online?buat rayuan?lainla kalau lesen sya tidak berdaftr di perbandaran?cakap kerajaan prihatin??sangat trukla kerajaan baru ni!susah paya ke sana ke sini urus bantuan gkp hampa jk!

    Balas

Leave a Comment