PERMOHONAN SEMULA RAYUAN STR(Kenapa Tak Lulus & Kod)
Jika anda telah membuat semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)an keputusan permohonan STR anda adalah gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan STR? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan semula rayuan STR berdasarkan kod alasan yang diberikan serta tarikh bayaran, semoga membantu.
KELAYAKAN RAYUAN STR
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR
Permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023 Secara dalam talian (berstatus Tidak Lulus tertentu)
CARA SEMAKAN STATUS STR
Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status STR sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:
- Layari laman web rasmi MySTR
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Masukkan kod catcha yang tertera
- Tekan semak
- Status BKM anda akan terpapar:
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
- Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.
CARA PERMOHONAN RAYUAN STR
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
- Melalui atas talian pada laman web MySTR
- login ke dalam sistem MySTR
- Klik pada Permohonan Rayuan.
- Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
KOD ALASAN TAK LULUS STR
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
11 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
29 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
30 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap |
31 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
34 | Pasangan meninggal dunia |
35 | Anak meninggal dunia |
36 | Pendapatan perlu pengesahan |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan |
41 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
KOD ALASAN PERMOHONAN RAYUAN STR GUNA BORANG
Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan)
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SEMULA RAYUAN STR
Permohonan yang diluluskan akan menerima BKM boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan MySTR
TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STR
Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀
CARA PEMBAYARAN RAYUAN STR
Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:
- Ada Akaun Bank
- Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini
- Tiada Akaun Bank
- Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR
Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?
- Ya boleh
Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR?
- 3 hingga 31 Julai 2023
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?
- Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan
ARTIKEL LAIN:
Saya semak status saya not Tak dapat log masuk Dan saya belum dapat ,bpr
Suami Tak kej anak 2 😥 bpr fasa 2tidak lulus tamban pun Tak Ada apa apa pun Tak Ada
Rayuan BPR 2 diluluskan tetapi masih belum menerima amount yang diluluskan seperti yang di lihat dalam App. Bilakah amount tersebut akan di kreditkan ke dalam akuan?
Saya tak dapat bpr macam mana nak semak status bpr lulus ka tak…
Semak kelulusan
saya gaji bawah 2.5k tapi status tidak lulus.. sebab gaji atas 2.5k padahal gaji tak sampai 2.5k pon..