Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2024

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2024

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kini membuka permohonan untuk Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi tahun 2024. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa di Selangor dalam membayar yuran tadika anak-anak mereka, serta memastikan mereka mendapatkan permulaan pendidikan yang berkualiti.

Apa Itu Skim Bantuan Tadika (TUNAS)?

Skim Bantuan Tadika (TUNAS) adalah salah satu langkah proaktif oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Melalui skim ini, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM50 setiap bulan yang akan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan agensi lain.

Kriteria Kelayakan Pemohon

Untuk layak memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah:
    • Ibu atau bapa yang lahir dan menetap di Selangor.
    • Anak yang lahir dan menetap di Selangor.
    • Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun dengan pengesahan dari pihak berkuasa tempatan.
  3. Pendapatan isi rumah: RM3,000 ke bawah.
  4. Status pekerjaan: Suami dan isteri boleh bekerja atau tidak.
  5. Umur anak: 5 atau 6 tahun sahaja.
  6. Tadika berdaftar: Anak mesti belajar di tadika yang berdaftar. Senarai Tadika Berdaftar.

Cara Permohonan Tunas

Permohonan untuk Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) boleh dilakukan secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Daftar di Portal Rasmi: Kunjungi portal rasmi TUNAS di tunas.yawas.com.my.
  2. Lengkapkan Maklumat: Pastikan semua maklumat yang dihantar adalah tepat dan lengkap.

Dokumen yang Perlu Dilampirkan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan:

  • Cetak Borang Permohonan.
  • Salinan Sijil Lahir/MyKid Anak.
  • Salinan MyKad Ibu dan Bapa.
  • Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (jika perlu).
  • Salinan Slip Gaji atau Surat Akuan Pengesahan Pendapatan (jika tidak bekerja).
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.

Bagi Pemohon Bukan Kelahiran Selangor:

  • Salinan Bil (Air, Elektrik, TM, ASTRO) atau muka depan Buku Merah Ibu.
  • Cop Pengesahan Bermastautin (hanya bagi permohonan baru).

Penghantaran Dokumen

Dokumen permohonan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online ke:

Emel: [email protected]
Atau alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7 Persiaran Kayangan 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No Tel: 03-5481 8800

Nota: Sebarang kelewatan penghantaran dokumen akan menyebabkan permohonan dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi YAWAS melalui:

  • Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • Telefon: 03-5481 8800
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 10 pagi – 2 petang.
  • Emel: [email protected]

Maklumat Terkini Permohonan Tunas

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dan pelbagai inisiatif lain, sila ikuti Yayasan Warisan Anak Selangor di platform berikut:

  • Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor
  • Instagram: @yayasanwarisananakselangor
  • YouTube: YAWAS TV
  • Laman Web: yawas.com.my

Dengan skim ini, diharapkan lebih ramai anak-anak di Selangor dapat memulakan pendidikan mereka dengan baik dan memberikan impak positif kepada masa depan mereka.

Artikel Lain

Permohonan Insentif MamaKerja Bantuan RM1000 2024(Wanita Bekerja Selangor)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *