PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN  BPN 2.0 SECARA ONLINE

PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN  BPN 2.0 SECARA ONLINE

PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN BPN 2.0

Kepada pemohon BPN yang ingin buat PERMOHONAN TUKAR STATUS PERKAHWINAN  BPN 2.0 secara online

Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan 2.0:

  • Bujang bertukar kepada berkahwin
  • Berkahwin kepada bujang

Sebelum ini, pemohon dikehendaki ke cawangan LHDN terdekat untuk kemaskini atau tukar status perkahwinan terkini.

Memandang situasi penularan Covid19 sekarang,maka lebih baik pemohon buat sahaja permohonan secara dalam talian atau online.Ia lebih selamat,mudah sahaja dan paling penting cepat.

Kini, pemohon BPN 2.0 boleh buat permohonan tukat status kahwin/pasangan secara online sahaja melalui portal BPN.

Ini pula cara dapatkan  NOMBOR BAUCAR BPN 2.0

CARA BUAT PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN  BPN 2.0

Berikut adalah cara buat permohonan tukar status kahwin/pasangan BPN :

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Akan ada paparan Captcha
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang Semak
  8. Oleh kerana anda sudah mendaftar, maka anda akan dapat melihat status LULUS
  9. Anda juga dapat melihat jumlah kelulusan BPN 1.0,jumlah kelulusan BPN 2.0 dan jumlah keseluruhan BPN diterima
  10. Dibawah terdapat paparan maklumat,klik paparan maklumat.
  11. Kemudian semak kata kunci,jika betul klik YA
  12. Masukan kata laluan dan klik log masuk
  13. Ada 1 option dekat bawah “ PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN. Sila Klik
  14. Akan keluar paparan untuk isi:
  • Status perkahwinan( bujang/berkahwin)
  • Sila muat dokumen sokongan berkaitan(Sijil kahwin / sijil cerai / sijil kematian)
  1. Buat pengesahan permohonan
  2. Klik SETUJU dan HANTAR
  3. Permohona tukar status anda berjaya

TUTORIAL PERMOHONAN TUKAR STATUS PERKAHWINAN 

Boleh tengok video ini untuk membantu anda lebih jelas dan faham cara untuk kemaskini atau tukar status perkahwinan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara)

HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my

1 thought on “PERMOHONAN TUKAR STATUS KAHWIN/PASANGAN  BPN 2.0 SECARA ONLINE”

Leave a Comment