PERMOHONAN VLT (Malaysia – Singapura Vaccinated Travel Lane)

Utama / VTL / PERMOHONAN VLT (Malaysia – Singapura Vaccinated Travel Lane)

PERMOHONAN VLT (Malaysia – Singapura Vaccinated Travel Lane)

Satu pengumuman penting berkenaan laluan darat antara Malaysia dan Singapura untuk mereka yang telah lengkap vaksin kini dibuka pada 29 November 2021. Kemudahan ini banyak kemudahan kepada mereka yang berulang – alik dari Malaysia ke Singapura bagi tujuan bekerja mahupun perlancongan.

 

Untuk itu, artikel ini akan berkongsi dengan anda tatacara permohonan VLT bagi memudahkan perjalanan anda.

 

APA ITU VLT?

 

Vaccinate Travel Lane (VLT) adalah hasil Kerjasama daripada dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura bagi memberi kemudahan kepada rakyat. Hasil daripada perbincangan kedua pihak, kini anda boleh mengembara diantara kedua negara samada mengunakan udara mahupun darat. Sebelum itu, terdapat beberapa langkah dan syarat yang perlu dipatuhi.

 

 

CARA PERMOHONAN VLT

 

Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di portal MySafeTravel manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di SafeTravel Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat.

 

Untuk makluman, portal MySafeTravel akan mula beroperasi pada 26 November 2021. Sehubungan itu, anda boleh membuat permohonan pada 26 November 2021 bagi mendapatkan VLT.

 

SEMAKAN SYARAT VLT

Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing. Pada masa ini, VTL- Land akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja sebagai mekanisme kawalan dan mod pengangkutan lain akan disenaraikan secara berperingkat.

Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan ke Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia manakala Terminal Queen Street (QST) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura.

Untuk lebih terperinci, sila baca garis panduan yang telah disediakan oleh MITI sebagai rujukan.

 

SOALAN LAZIM

 

Dimanakah pembelian tiket dapat dilakukan?

Anda boleh membeli tiket melalui www.causewaylink.com.my   dan www.transtar.travel

Bilakah waktu operasi bas?

Untuk waktu operasi bas adalah seperti berikut :

  • Dari singapura : 9.30 pagi hingga 7.30 petang
  • Dari Johor : 7.30 pagi hingga 6.45 petang

 

Dimanakah stesen perlepasan dan ketibaan bas?

Terdapat 3 stesen yang digunakan iaitu :

  1. Terminal Bas Larkin Sentral (Johor)
  2. Terminal Queen Street (Singapura)
  3. Stesen Bas Sementara Woodland (Singapura)

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh dapatkan melalui link yang diberikan https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/ .

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT(Kadar Denda Jika Hilang)

myIMMs:CARA PERMOHONAN PEMBAHARUAN PASPORT ANTARABANGSA ONLINE(Semak Kadar Bayaran Tempoh Kelayakan)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *