PETA JENDELA:SEMAKAN STATUS LIPUTAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI(Check Jalur Lebar/Selular/SiaranTV/4G)

PETA JENDELA:SEMAKAN STATUS LIPUTAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI(Check Jalur Lebar/Selular/SiaranTV/4G)

PETA JENDELA

Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan peta JENDELA, di mana ia membolehkan anda untuk memeriksa liputan talian syarikat telekomunikasi di sesuatu kawasan.

Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai tempat menerima aduan jika tidak ada perkhidmatan di tempat tersebut dan SKMM akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk mempercepatkan permohonan.

Dengan pengenalan Peta Jendela ini, ia memudahkan lagi pengguna dalam mengetahui kawasan liputan – dan tidak perlu lagi risau atau menghabiskan masa lama dalam menyemak liputan di sesuatu kawasan di Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak portal khas PETA JENDELA hari ini.

Ketahui juga CARA BATALKAN JARINGAN PRIHATIN

 

APA ITU PETA JENDELA

PETA JENDELA menawarkan antaramuka khas yang membolehkan anda menyemak kawasan melalui paparan peta. Seterusnya, pada bahagian tepi, ia menyertakan informasi berkaitan liputan perkhidmatan jalur lebar tetap, perkhidmatan selular, akses jalur lebar tanpa wayar, dan juga siaran TV percuma.

 

CARA AKSES PETA JENDELA

  1. Portal JENDELA hadir dengan beberapa fungsi untuk pengguna seperti menyemak perkhidmatan rangkaian yang tersedia, kekuatan sambungan rangkaian, lokasi WiFi atau internet yang tersedia di sekitar kawasan tersebut dan lain-lain lagi.
  2. Anda perlu masuk ke web https://jendela.my/

Ketahui cara reset jikaLUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA

 

CARA MENYEMAK LIPUTAN

  1. Lihat lapisan liputan
  2. Pilih semak liputan
  3. Pilih lapisan liputan
  4. Klik pada Lapisan liputan

 

CARA MENGHANTAR MAKLUM BALAS

  1. Masukkan lokasi anda
  2. Semak liputan
  3. Tekan Ya ingin menghantar maklum balas
  4. Pilih jenis servis dan pembekal servis
  5. Semak Alamat
  6. Masukkan maklumat perhubungan
  7. Semak maklum balas servis
  8. Hantar maklum balas

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah saya boleh akses portal ini?

Portal JENDELA boleh diakses di pautan https://jendela.my

 

Adakah terdapat aplikasi mudah alih untuk portal yang boleh dimuat turun?

Muat turun Aplikasi Mudah Alih JENDELA daripada Google Play Store dan Apple App Store (Akan Datang).

 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses maklum balas saya?

Maklum balas anda akan dihantar secara automatik kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk diproses.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan sekiranya saya menghadapi masalah dalam mengakses Portal atau Aplikasi Mudah Alih JENDELA?

Sila e-melkan masalah yang dihadapi bersama butiran lanjut kepada pihak IT Helpdesk MCMC di Tanya AIDA.

 

 

 

 

2 thoughts on “PETA JENDELA:SEMAKAN STATUS LIPUTAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI(Check Jalur Lebar/Selular/SiaranTV/4G)”

Leave a Comment