PINJAMAN WANG BERLESEN 2024(Berapa Banyak Dapat Hutang & Segera )

Utama / PINJAMAN WANG BERLESEN / PINJAMAN WANG BERLESEN 2024(Berapa Banyak Dapat Hutang & Segera )

PINJAMAN WANG BERLESEN(Berapa Banyak Dapat Hutang & Segera )

Di masa dilanda pendemik ini,mungkin anda sesetengah yang terdesak ingin memerlukan wang segera namun tidak mempunyai sebarang dokumen ataupun slip gaji kerana anda telah kehilangan kerja. Tetapi sebelum anda membuat pinjaman berlesen, anda seharusnya membuat semakan terlbih dahulu, berikut adalah merupakan caranya, semoga membantu.

 

CARA SEMAKAN STATUS LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG

Berikut adalah cara membuat semakan status lessen syarikat pinjaman wang:

  1. Install aplikasi i-KrediKom (Android / IOS)
  2. Setetelah siap install, buka aplikasi tersebut
  3. Masukkan nama syarikat pinjaman wang ataupun nombor lesen syarikat pinjaman
  4. Paparan maklumat syarikat tersebut akan terpapar sama ada syarikat itu betul-betul berdaftar di bawah KPKT ataupun tidak

 

BUTIRAN PADA STATUS LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG YANG SAH

Butir-butir yang akan ditunjukkan pada lesen tersebut adalag seperti berikut:

  • Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG;
  • Alamat berdaftar pemohon lesen;
  • Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan;
  • Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar;
  • Nombor lesen;
  • Tarikh sah mula lesen;
  • Tarikh sah tamat tempoh lesen; dan
  • Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut

 

HAK ANDA SEBAGAI PEMIMJAM DENGAN SYARIKAT PINJAMAN WANG YANG SAH

  • Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.
  • Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh Kementerian sahaja iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman dengan cagaran).
  • Peminjam adalah berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
  • Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
  • Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis PPW yang berkenaan.

 

KADAR FAEDAH YANG DIKENAKAN BAGI SETIAP PINJAMAN

  • Kadar faedah bagi pinjaman bercagar adalah tidak melebihi 12% setahun.
  • Kadar faedah pinjaman tidak bercagar adalah tidak melebihi 18% setahun.

 

JUMLAH MAKSIMUM PINJAMAN YANG BOLEH DIBUAT

 

Untuk makluman anda, kebanyakkan syarikat pinjaman wang berlesen tidak menyediakan jumlah yang besar untuk anda membuat pinjaman pada satu-satu masa. Tetapi ia bergantung kepada kemampuan Syarikat Pinjaman Tersebut. Ini berbeza dengan pinjaman bank yang mampu untuk memberikan anda pinjaman wang sehingga enam angka.


TEMPOH PEMPROSES PINJAMAN WANG BERLESEN YANG SAH

Tempoh pemprosesan permohonan pinjaman wang berlesen adalah sangat pantas dan mudah berbanding pinjaman bank. Pemprosesan yang pantas membolehkan anda memperoleh wang pinjaman anda dengan pantas. Kadangkala, anda mampu memperoleh wang tersebut pada hari yang sama anda mula membuat permohonan. Hal ini kerana syarikat tersebut tidak perlu untuk mendapatkan wang tersebut daripada sumber-sumber lain.


MAKLUMAT LANJUT PINJAMAN WANG BERLESEN

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman wang berlesen yang sah, anda boleh merujuk website rasmi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di pautan https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/585

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS LESEN SYARIKAT PINJAMAN WANG(Guna i-KrediKom)

One comment

  1. Selamat pagi tuan/puan,saya Muhammad Azhar Bin Mohd Tahir.Maafkan saya kerana tidak dapat hadir temujanji kerana saya mengalami jangkitan covid 19.Saya akan buat temujanji semula selepas saya habis kuarantin.Terima kasih

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *