PKSK 2023: Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT (Bila Tarikh Buka?)

Utama / PKSK / PKSK 2023: Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT (Bila Tarikh Buka?)

PKSK 2023: Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT (Bila Tarikh Buka?)

Baru-baru ini, YB Menteri Kanan Pendidikan telah membuat pengumuman mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

 

Sebagai maklumat kepada anda, sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Hari ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.

 

APAKAH ITU PKSK?

PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Single entry point adalah satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Buat juga SEMAKAN PKSK 2023

 

SEKOLAH KHUSUS

Sebagai maklumat kepada anda, sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Oleh yang demikian, semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

 

Ketahui cara isi bacaan murid di IQ-NILAM LOGIN 

 

FORMAT PELAKSANAAN PKSK 2023

 PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

  • FASA 1

calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

  • FASA 2

calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

 

KOMPONEN UJIAN PKSK

Terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

  • Bahagian A (20%) : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ)
  • Bahagian B (70%) : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah)
  • Bahagian C (10&)  : Artikulasi Penulisan

 

CARA BUAT PERMOHONAN PKSK

Untuk menduduki ujian PKSK, Permohonan boleh di akses secara online melalui:

Selain itu, Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

 

TARIKH PERMOHONAN PKSK 2023

Tarikh permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Murid Tingkatan 1 dan 4/Tahun 1 SVM Tahun 2023 mulai 30 September – 30 November 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus , anda boleh rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): KLIK SINI

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *