PLAN KPM(Cara Laksana & Contoh Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)

PLAN KPM (Cara Laksana & Contoh Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)

Bermula tahun 2019, KPM telah memansuhkan sistem peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid-murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0).

Bermula Mac 2020, PLAN KPM (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)  mula dilaksanakan.

 

APA ITU (PLaN) KPM ?

PLAN KPM ialah akronim daripada bahasa inggeris iaitu Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah dalam bahasa melayunya..

Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP)  yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3 yang dimana peperiksaanya telah dimansuhkan.

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH 

 

 

OBJEKTIF (PLaN) PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH

Objektif Program  adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Antara objektif lanjutnya dalah seperti berikut:

  • Berketerampilan dalam berbahasa
  • Keupayaan melahirkan idea melalui bahasa
  • Kebolehan komunikasi
  • Berupaya melakukan operasi asas matematik
  • Tahu dan faham asas matematik

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH 

Untuk makluman semua, hala tuju program ini adalah amat berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu

  • Objektif,
  • Akauntabiliti
  • Sokongan

 

FOKUS AKTIVITI PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH 

Fokus Aktiviti PLaN adalah merangkumi aktiviti seperti berikut:

  • Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
  • Komuniti pembelajaran guru yang aktif
  • Penyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan murid
  • Pemantapan pengurusan pentadbir sekolah
  • Penetapan sasaran pencapaian murid
  • Kempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti

Bagi program ini, pihak sekolah merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Mata pelajaran diatas merupakan matapelajaran bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah.

Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam memberikan kerjasama dalam membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya TP3 tercapai dalam setiap penilaian bilik darjah (PBD).

 

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA & KOMUNITI 

Bagi menjayakan matlamat PLaN, ibu bapa, penjaga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing.

Berikut adalah antara peranan tersebut:

IBU BAPA

  • Membantu dan membimbing anak-anak dalam aktiviti membaca, menulis dan mengira
  • Memberi dorongan dan pujian apabila anak-anak selesai menyiapkan latihan
  • Menjadikan bahan bacaan mudah diperolehi di rumah
  • Menjadi suri teladan dalam menghidupkan budaya membaca di rumah

PLAN KPM

KOMUNITI DAN SWASTA

  • Menjadi sukarelawan dalam aktiviti membaca, menulis dan mengira di sekolah
  • Menyediakan ruang pembelajaran luar bilik darjah yang sesuai
  • Menyumbang bahan bantu belajar yang menarik
  • Menganjurkan program yang berimpak tingggi untuk meningkatkan keupayaan murid dalam membaca, menulis dan mengira

PLAN KPM

IMPAK POSITIF PLaN

Impak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:

  • Peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
  • Murid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain
  • Membina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan

MUAT TURUN MODUL PLaN KPM

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pelaksanaan Program PLaN, sila rujuk sumber berikut:

https://padlet.com/bpk025/pelaksanaanplan

Garis Panduan Pelaksanaan (PLaN) 

 

ARTIKEL LAIN

IQ-NILAM LOGIN

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *