PLK KKM(Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan Pergigian)

PLK KKM (Permohonan  Program Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan/Pergigian)

Kepada pegawai perubatan/pergigian di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada tetap atau kontrak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Program Latihan Kepakaran (PLK).

Tujuan PLK dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai perubatan/pergigian yang berkualiti dan professional dapat dilahirkan melalui program tersebut.

Apakah PLK ?

Program Latihan Kepakaran (PLK) bermakna kemudahan latihan dengan pelepasan khas yang diluluskan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Lantikan Kontrak KKM bagi mengikuti pengajian Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian atau Parallel Pathway di institusi dalam negara/ luar negara. Dalam tempoh latihan tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat Permohonan PLK KKM

Berikut adalahh merupakan syarat asas ditetapkan iaitu:

Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat pemberian Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my.  Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Berkhidmat secara tetap; dan
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; atau
  3. Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2018 yang dilantik tetap sehingga 31 Disember 2020 tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  4. Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kontrak dan tidak pernah meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan;
  5. Memperolehi markah purata LNPT tidak kurang daripada 85% bagi manamana tiga (3) tahun yang tertinggi daripada lima (5) tahun terakhir perkhidmatan pegawai (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun);
  6. Tidak melebihi umur:
    • 43 tahun (Tetap dan Kontrak): Sarjana Perubatan/ Parallel Pathway (Syarat umur tertakluk kepada bidang berkaitan)
    • ii. 45 Tahun (Tetap dan Kontrak): Sarjana Pergigian
    • 45 tahun (Tetap sahaja): PhD
    • 50 tahun (Tetap sahaja): Sarjana lain-lain
  7. Bersih / bebas daripada sebarang pertuduhan / prosiding dan tindakan tatatertib, siasatan dan / atau dalam proses dakwaan mahkamah;
  8.  Telah mengisytiharkan harta;
  9. Bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk menjalani program latihan (unsuitable to pursue training) dari segi fizikal dan mental; dan
  10. Bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau Badan-badan pinjaman Kerajaan lain.

Bilakah Tarikh Permohonan PLK KKM?

Tarikh permohonan bagi tahun 2024 kepada pegawai perubatan/pergigian yang ingin memohon program ini adalah pada (akan dikemaskini kemudian).

Apakah  Peringkat Pengajian Yang Ditawarkan?

Pegawai perubatan/pergigian boleh memohon PLK bagi peringkat perngajian berikut:

  • Ijazah Sarjana
  • Area of Special Interest (AOSI),
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
  • Kepakaran

Cara Permohonan PLK KKM

Bagi pegawai perubatan/pergigian yang ingin memohon program ini, mereka boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM iaitu di pautan http://ehlp.moh.gov.my.

Pegawai perubatan/pergigian juga diingatkan untuk bersedia dengan lebih awal sebelum membuat permohonan tersebut.

Perlukan Maklumat /Sebarang Pertayaan?

Sila layari laman web http://ehlp.moh.gov.my/.

ARTIKEL LAIN 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *