CARA DAFTAR PORTAL BIZKOMUNITI KPKT(Platform Pemasaran Produk & Perkhidmatan) 

Utama / PORTAL BIZKOMUNITI KPKT / CARA DAFTAR PORTAL BIZKOMUNITI KPKT(Platform Pemasaran Produk & Perkhidmatan) 

CARA DAFTAR PORTAL BIZKOMUNITI KPKT(Platform Pemasaran Produk & Perkhidmatan) 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewujudkan satu platform pemasaran produk dan perkhidmatan kepada komuniti bandar iaitu Portal BizKomuniti.Objektif utama portal ini diwujudkan adalah untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

 

APAKAH ITU PORTAL BIZKOMUNITI KPKT

Portal Bizkomuniti KPKT merupakan ruang dan peluang kepada komuniti bandar untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui pemasaran produk dan perkhidmatan berdasarkan bakat dan kemahiran mereka. Produk dan perkhidmatan dapat ditawarkan melalui portal ini adalah pada kadar mampu milik, mudah dan cepat kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari portal https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.

 

 

KELEBIHAN MENYERTAI PORTAL BIZKOMUNITI

Menerusi portal ini, orang ramai akan menikmati beberapa kelebihan seperti:

  • Akses bila-bila masa dan dimana juga.
  • Carian search engine dan direktori yang mudah dan pantas.
  • Pemasaran produk dan perkhidmatan melalui portal ini adalah secara percuma.
  • Penyimpanan data yang dijamin mudah dan selamat.
  • Mudah dan mesra pengguna untuk membantu mencari pembekal semudah yang mungkin.

 

KATEGORI PERKHIDMATAN DALAM PORTAL BIZKOMUNITI

Kategori perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal ini adalah seperti berikut:

 

  • Landskap
  • Hiasan Diri
  • Pembaikan Rumah
  • Makanan
  • Runcitan
  • Servis Peralatan
  • Kesihatan
  • Pakaian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Domestik
  • Lain-lain

 

 

CARA MENDAFTAR PORTAL BIZKOMUNITI

Untuk mendaftar Portal BizKomuniti, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  • Anda perlu layari laman web https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.
  • Klik pada butang ‘Log Masuk/Daftar.’
  • Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang anda tetapkan semasa pendftaran.
  • Isi maklumat produk dan perkhidmatan yang ingin ditawarkan di dalam portal.

 

 

CARA BUAT CARIAN PRODUK & PERKHIDMATAN

Sebagai seorang pengguna biasa yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, carian produk dan perkhidmatan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah yang dikongsikan di bawah:

  • Layari laman web https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.
  • Pilih produk, negeri, dan klik butang ‘Cari.’
  • Pengguna juga boleh klik bahagian ‘Carian Terperinci’ dan memasukkan perkhidmatan/produk, negeri, kata kunci, dan bandar diikuti dengan klik butang ‘Cari.’
  • Carian produk dan perkhidmatan dipaparkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Portal BizKomuniti, anda boleh layari portal di pautan https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.

 

BACA JUGA ARTIKEL :

RUMAH IKRAM KPKT(Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *