PORTAL VAKSIN ANAKKU(Cara Daftar PICK Remaja/Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun)

Utama / PORTAL VAKSIN ANAKKU / PORTAL VAKSIN ANAKKU(Cara Daftar PICK Remaja/Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun)

PORTAL VAKSIN ANAKKU(Cara Daftar PICK Remaja/Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun)

 

Bagaimanakah cara daftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bagi Remaja Berumur 12 – 17 Tahun (PICK Remaja) Di Portal Vaksin Anakku / MySejahtera?

Untuk makluman, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

 

CARA DAFTAR PORTAL VAKSIN ANAKKU(Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun)

Semua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal Portal Vaksin Anakku bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Portal Vaksin Anakku

Sila rujuk langkah-langkah berikut:

 

  1. Layari vaksinanakku.herokuapp.com
  2. Daftar sebagai pengguna.
  3. Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.
  4. Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah. (Muat turun borang di bawah)
  5. Manakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

 

BORANG PERSETUJUAN SUNTUKAN VAKSIN COVID-19(Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun)

Berikut adalah contoh  borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.

Portal Vaksin Anakku

PORTAL VAKSIN ANAKKU

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 UNTUK REMAJA?

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting).

 

Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

 

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

 

Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;

Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;

Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;

Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;

Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;

Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;

Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan

Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari portal rasmi KKM > https://www.moh.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *