CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

Utama / CARA POS HANTAR KERETA / CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

Sekiranya anda ingin menghantar kereta ke Sabah Sarawak dan juga ke Semenanjung semestinya anda ingin menyemak dahulu harga dan dokumen yang diperlukan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

JENIS PERKHIDMATAN POS KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG

Berikut adalah merupakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan untuk pos kereta:

  • Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
  • Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
  • Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
  • Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)

 

PERSEDIAAN SEBELUM POS KERETA SABAH SARAWAK SEMENANJUNG

Berikut adalah persediaan yang anda harus lakukan sebelum pos kereta:

  1. Penggunaan Kontena Atau Roro (Iaitu kargo kereta ke Sabah dan Sarawak serta Semenanjung)
  2. Pertanyaan Kos Penghantaran Kenderaan
  3. Proses Untuk Penyediaan Surat Perlepasan (Jika kenderaan masih terikat dengan bank)
  4. Permohonan Surat Perlepasan Bank
  5. Dokumen Yang Perlu Dilampirkan
  6. Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Dihantar

 

CARA PERMOHONAN SURAT PELEPASAN DARI BANK (Consent Letter)

Sekiranya kenderaan anda masih terikat dengan bank, berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan untuk mendapatkan surat pelepasan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat dari syarikat kargo (dapatkan dari syarikat kargo pilihan anda)
  • Quotation
  • Surat permohonan untuk menghantar kenderaan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK POS HANTAR KERETA

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan untuk pos kereta anda:

  1. Surat Pelepasan dari Bank consent letter (sekiranya berkaitan)
  2. Salinan Geran Kereta
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta

 

CARA POS KERETA SABAH SARAWAK SEMENANJUNG

Berikut adalah merupakan langkah untuk pos kereta anda:

  1. Cari syarikat yang uruskan penghantaran.
    • Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai.
    • Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.
    • Ada yang guna kontena, ada yang guna Ro Ro (Roll on Roll off).
    • semak harga atau kos penghantaran atau pos kereta ni mestilah yang rendah dan berpatutan.
  2. Dapatkan sebut harga untuk kos penghantaran kereta
    • Pastikan ada sediakan maklumat ini untuk dapatkan quatation:
      • Nombor kereta
      • Jenis Kereta
      • Alamat anda
  3. Serahkan segala dokumen yang diperlukan oleh syarikat penghantaran

 

KADAR HARGA POS KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG

  • Harga penghantaran kereta keSabah Sarawak Semenanjung biasanya bergantung pada:
    • Jenis kenderaan
    • Saiz kenderaan
    • Perhidmatan yang dipilih
    • Destinasi dipilih
  • Harga penghantaran kereta tidak sama antara syarikat berlainan dan harga ini boleh berubah mengikut musim.
  • Pastikan anda untuk menyemak harga dari masa ke masa di laman web syarikat yang dipilih.
  • Biasanya kos penghantaran telah merangkumi caj-caj tambahan seperti polisi insurans, pelepasan kasta

 

ARTIKEL LAIN

POS MOTOR GUNA ( J&T / KTM / POS LAJU / BAS EKSPRESS / GDEX / 4X4)

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *