POS MOTOR GUNA ( J&T / KTM / POS LAJU / BAS EKSPRESS / GDEX / 4X4)

Utama / POS MOTOR / POS MOTOR GUNA ( J&T / KTM / POS LAJU / BAS EKSPRESS / GDEX / 4X4)

POS MOTOR GUNA ( J&T / KTM / POS LAJU / BAS EKSPRESS / GDEX / 4X4)

 

Kepada sesiapa yang ingin pos motosikal dalam semanjung Malaysia, mesti tercari-cari kaedah yang terbaik, murah, pantas dan yang paling berbaloi. Disini kami kongsikan cara pos motosikal menggunakan koriur yang terdapat di Malaysia, semoga membantu

 

MAKLUMAT PENTING BAGI PROSES PENGHANTARAN MOTOSIKAL

 

Berikut adalah maklumat penting sebelum menggunakan perkhidmatan pos motosikal anda, antaranya:

  • Pengirim PERLU membawa motorsikal bersama salinan geran motorsikal dan IC semasa mengantar motorsikal di kaunter.
  • Pengirim PERLU menanggalkan No.Plat dan Cermin Sisi.
  • Motorsikal PERLU dibungkus dan pastikan tangki minyak tidak penuh.
  • Pengirim tidak digalakkan meletakkan kunci bersama-sama dengan motorsikal semasa menghantar motorsikal di kaunter

 

CARA POS MOTOR GUNA J&T

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan J&T:

  1. Panduan Penghantaran Motor guna J&T
    1. Anda dikehendaki pergi ke pejabat syarikat J&T Express yang berdekatan untuk membuat urusan penghantaran motor.
    2. Anda akan diberikan satu resit yang mempunyai tracking number atau airway bill.
    3. Anda juga boleh menggunakan kaedah “pick up service”.Menerusi cara ini anda tidak perlu pergi berurusan di pejabat. Urusan boleh dilakukan di laman rasmi J&T
  2. Semakan Status Penghantaran Motor
    1. Anda boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi atau laman web rasmi J&T dengan mengakses J&T Express TRACE & TRACK.
  3. Kadar Harga
    1. Kadar harga penghantaran motor bergantung pada berat motor serta negeri atau destinasi ingin dihantar.
  4. Masa Penghantaran
    1. Masa penghnataran motor pelanggan bergantung pada jenis destinasi dipilih. Biasanya, anggaran masa diambil dalam masa 2 hingga 5 hari.
  5. Maklumat Perhubungan
    1. Nombor: 300-80-9000/ 03-9212 9660
    2. Email: [email protected]
    3. Laman web: jtexpress.my

 

CARA POS MOTOR GUNA KTM

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan KTM:

  1. Panduan Pos Motor Guna KTM
    1. Anda perlu menghantar atau menghubungi cawangan KTMD berhampiran sahaja untuk tujuan mengepos motorsikal.
    2. Layari laman web KTMD iaitu, www.ktmd.com.my untuk mengetahui info senarai cawangan KTMD.
    3. Pastikan jangan menanggalkan nombor plat kenderaan. Hal ini penting untuk tujuan identifikasi oleh pihak KTMD.
    4. Anda perlu mengisi Nota Konsainan dengan maklumat penghantaran motorsikal. Pihak KTMD akan memeriksa ‘consignment note’ dan akan menurunkan tanda tangan di Borang Pemeriksaan Motorsikal yang disediakan.
    5. Ketika mengambil motorsikal balik dari cawangan KTMD, anda hanya perlu membawa Mykad. Hanya nama individu yang terdapat di consignment note boleh mengambil motorsikal.
    6. Pihak KTMD akan menghubungi pelanggan untuk mengambil motorsikal setelah motorsikal selamat sampai ke destinasi cawangan KTMD dipilih.
    7. Pelanggan yang gagal mengambil balik motorsikal dalam tempoh 3 hari selepas dihubungi oleh pihak KTMD, akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 4.50 sehari. Caj ini dikira termasuk hari bekerja, cuti mingguan serta cuti umum.
  2. Kadar Harga
    1. Harga mengepos motorsikal bergantung pada jenis kategori dipilih serta jenis kuasa enjin motorsikal.
    2. Terdapat tiga jenis kategori kadar yang disediakan oleh KTMD kepada para pelanggan.
      1. Kadar biasa yang ditawarkan kepada semua pelanggan KTMD.
        1. 125cc- RM 160
        2. 150 cc- RM 180
        3. 250 cc- RM 200
        4. 350 cc- RM 250
        5. 351 cc- RM 300
      2. Kadar bagi pelajar IPT termasuk IPTA, IPTS, matrkulasi, kolej serta institusi perguruan.
        1. 125cc- RM 155
        2. 150 cc- RM 170
        3. 250 cc- RM 195
        4. 350 cc- RM 230
        5. 351 cc- RM 285
  • Kadar penghantaran dua hala yang disedakan untuk semua pelanggan KTMD.
    1. 125cc- RM 290
    2. 150 cc- RM 330
    3. 250 cc- RM 350
    4. 350 cc- RM 450
    5. 351 cc- RM 550
  1. Maklumat Perhubungan
    1. Nombor telefon: 1- 800-22- 5863
    2. Laman web: www.ktmd.com.my

 

 

CARA POS MOTOR GUNA POS LAJU

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan Pos Laju:

  1. Panduan Pos Motor Guna Pos laju
    1. Anda perlu bawa motor anda berserta dokumen pemilikan yang lengkap ke pejabat pos.
    2. Isikan 2 borang pos barang di kuanter pos laju
    3. Borang pos barang seperti kebiasaan
    4. Borang senarai semak kondisi motor yang akan di pos. Penting kerana keadaan motor anda harus jelaskan dalam borang tersebut.
  2. Kadar harga
    1. Kadar harga mengikut kos atau harga yang ditetapkan ke destinasi di mana motor anda akan dihantar. Harga bergantung kepada jarak destinasi dan CC motorsikal anda.
  3. Semakan Status Penghantaran (Pos Laju Tracking)
    1. Semakan boleh dibuat dengan Layari Pos Laju Tracking: https://www.tracking.my/poslaju
    2. Anda boleh gunakan pos laju tracking no di salinan dokumen penghantaran anda.
  4. Maklumat perhubungan
    1. Layari web Rasmi Pos Laju

 

 

CARA POS MOTOR GUNA BAS EKSPRESS

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan Bas Ekspress:

  1. Panduan Pos Motor Guna Bas ekspress
    1. Anda hanya perlu ke kaunter bas dan beli tiket untuk anda dan motor anda untuk ke destinasi yang ingin di tuju.
    2. Jika anda hanya pos motor untuk seseorang, anda hanya perlu beli tiket untuk motor anda sahaja.
    3. Pemilik dinasihatkan untuk menunggu di terminal bas di mana destinasi motor tersebut akan dihantar.
  2. Kadar harga
    1. Untuk panduan harga ke destinasi yang dipilih, ada baiknya anda pergi terus ke kaunter bas express untuk info harga terkini untuk kirim motor anda guna bas.
    2. Harga pos lebih murah jika bersama penumpang, dan agak lebih mahal jika tanpa penumpang bas bersama.
  3. Dokumen diperlukan
    1. Salinan Kad Pendaftaran Motor
    2. Salinan IC (MyKad) pemilik motor
    3. Telefon pemilik (anda)
  4. Maklumat perhubungan
    1. Jika anda ingin berhubung dengan syarikat bas Intercity untuk dapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh berhubung dengan mereka di FB page mereka.

 

 

CARA POS MOTOR GUNA GDEX

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan Gdex:

  1. Panduan Pos Motor Guna Gdex
    1. Pastikan anda memilik keahlian myGdex E- Wallet. Proses pendaftaran ahli boleh dilakukan dengan mudah di pautan ini https://my.gdexexpress.com/signup .
    2. Top up e- Wallet untuk melakukan segala transaksi.
    3. Terdapat dua cara untuk menyediakan Nota Kiriman iaitu secara manual atau atas talian.
    4. Anda melakukan proses ini secara manual di kaunter Gdex di mana- mana cawangan terdekat ataupun di “lodge- in- centres” dan “ drop- off points”.
    5. Di samping itu, anda boleh memilih sama ada untuk menghantar motorsikal di cawangan Gdex atau menggunakan perkhidmatan “ pick up service”.
  2. Kadar harga
    1. Harga mengepos motorsikal bergantung pada jarak destinasi penghantaran serta cc motorsikal. Harga boleh menjadi mahal sedikit jika pengirim memilih “pick up” service.
    2. Secara anggaran, harga untuk menghantar motorsikal bawah 150 CC ke bawah bermula dari RM 220. Bagi caj “pick up service” di dalam Semenanjung Malaysia akan dikenakan sebanyak RM 5.00.
  3. Masa Penghantaran
    1. Masa diambil untuk menghantar motorsikal menggunakan servis Gdex bergantung pada destinasi dipilih.
    2. Bagi pengangkutan tempatan, akan mengambil dalam 2 hingga 3 hari bekerja.
  4. Maklumat perhubungan
    1. Nombor: 03- 6419 5003 (Costumer Careline)
    2. Email: [email protected]
    3. Web rasmi Gdex: www.gdexpress.com/malaysia/home/

 

 

CARA POS MOTOR GUNA 4X4

 

Berikut dikongsikan cara pos motorsikal menggunakan perkhdimatan 4X4:

  1. Panduan Pos Motor Guna 4X4
    1. Menggunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4 adalah berbaloi juga sebab motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga (Door-to-door service). Kalau guna servis Poslaju, KTM, Skynet agak sukar sebab kita nak kena pergi hantar dan ambil.
    2. Penggunaan mana-mana perkhidmatan penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Anda perlu menyelidik dengan teliti semua perkara sebelum berurusan dengan mana-mana agent penghantaran.
  2. Kadar harga
    1. Caj yang dikenakan sedikit tinggi berbanding caj penghantaran syarikat kurier, bergantung pada pilihan perkhidmtan 4X4 yang anda gunakan
  3. Masa penghantaran
    1. Memindahkan motosikal kita ke lokasi yang baru dengan lebih mudah dan selamat selain menjimatkan masa dan tenaga.
  4. Maklumat perhubungan
    1. Syarikat-syarikat yang menawarkan penghantaran motor dengan 4X4 ini tidak sukar ditemukan apabila dicari di internet.
    2. Selain itu anda juga boleh berhubungan dengan agent-agent shipping atau mover lain untuk tanya. Mungkin mereka juga menyediakan perkhidmatan tersebut dengan harga lebih rendah.
    3. Begitu juga runner persendirian yang melakukan perkhidmatan ini yang kita boleh cari di Facebook kerana mereka banyak mengiklankan servis mereka di media sosial.

ARTIKEL LAIN

JANJI TEMU ONLINE PEJABAT POS(Cara Tempah Temujanji Renew Roadtax Lesen)

 

11 Comments

  1. Ktmd sudah bungkus. Menurut staf yabf tinggal, syarikat ini tidak lagi beroperasi mulai 7hb Nov 2022. Sila betul kan informasi. Tksh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *