POSITIF COVID-19 ? Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK

Utama / MySejahtera / POSITIF COVID-19 ? Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK

POSITIF COVID-19 ? Cara Update MySejahtera Jika Positif RTK

Semakin hari semakin banyak kes positif dan covid 19 mula melangkah ke fasa endamik. Oleh itu, Bermula 10 Februari 2022, KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi pemakian gelang pink & Home Surveillance Order (HSO) @ Surat kuarantin. Bagi menunjukkan bahawa anda positif, semuanya akan dijana melalui aplikasi MySejahtera.

 

APA ITU MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.

 

KENALPASTI GEJALA

Gejala yang umum diketahui termasuk sakit kepala, kehilangan deria hidu dan rasa, hidung tersumbat yang disertai kesejukan, batuk, sakit otot, sakit kerongkong, demam, cirit-birit, dan sesak nafas.

 

JIKA POSITIF APA PERLU BUAT?

  1. Laporkan keputusan ujian anda di mySejahtera
  2. Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik.
  3. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
  4. Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.
  5. Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk
  6. Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi mySejahtera masing.

 

 

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF COVID-19 (Terkini)

Bermula 17 Februaru 2022, tempoh kuarantin terkini (pengasingan) bagi individu yang disahkan kes positif COVID-19 adalah seperti berikut:

  • 7 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala
  • 10 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi ATAU bergejala

 

CARA UPDATE MYSEJAHTERA JIKA POSITIF RTK

LANGKAH 1

Paparan pertama selepas anda klik aplikasi MySejahtera anda akan keluar paparan ini.

Tekan ‘Tutup’.

 

LANGKAH 2

Akan naik halaman ini, kemudian tekan ‘Ujian Kendiri COVID-19’.

LANGKAH 3

Tekan ‘Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri’.

LANGKAH 4

Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.

Jika utk laporkan utk diri sendiri, Pilih A.

Jika utk laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.

LANGKAH 5

Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.

– No Telefon

– Nama Penuh ikut IC

– No IC tanpa (-)

– Alamat email

LANGKAH 6

Isi alamat tempat tinggal anda / tempat kuarantin anda.

LANGKAH 7

Pilih sumber cara anda dapatkan kit ujian saliva/swab.

LANGKAH 8

Pilih jenis sampel yang anda jalankan.

LANGKAH 9

Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan, dan seterusnya klik ‘I’m not a robot’.

Kemudian klik ‘Hantar’.

LANGKAH 10

Selesai.

tunggu MySejahtera update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera anda.

 

 

Maklumat Lanjut

Talian Hotline KKM & Agensi Berkaitan COVID-19 di Malaysia

 

 

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

MySEJAHTERA KONTAK KASUAL (Cara Hilangkan Close Contact )

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *