CARA POTONGAN GAJI TABUNG HAJI(Direct Debit Setiap Bulan)

CARA POTONGAN GAJI TABUNG HAJI(Direct Debit Setiap Bulan)

Ramai antara kita yang dah daftar menjadi ahli Tabung Haji tapi mungkin mempunyai kekangan masa atau tak ingat nak depositkan simpanan ke Tabung Haji setiap bulan secara konsisten. Ada yang lebih suka menyimpan secara manual di kaunter setiap bulan atas alas an malas nak ingat nombor akaun

Bagi memudahkan anda, kita boleh buat potongan gaji setiap bulan saja untuk memudahkan pemindahan wang dari akaun bank kita ke akaun Tabung Haji secara automatic tanpa perlu ke kaunter.

Baca juga CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)

 

CARA POTONGAN GAJI TABUNG HAJI (Direct Debit Setiap Bulan)

 

LANGKAH 1

Log masuk ke THiJARI (www.thijari.com.my)

 

LANGKAH 2

 

Tekan menu ‘Pindahan’

(Tengok anak panah merah).

POTONGAN GAJI TABUNG HAJI

 

LANGKAH 3

Klik pada Pendaftaran Direct Debit

POTONGAN GAJI TABUNG HAJI

 

LANGKAH 4

Isikan maklumat akaun bank dengan butiran yang betul.

*Boleh pilih nak potong gaji untuk simpan ke akaun TH sendiri atau akaun TH anak atau akaun sesiapa saja.

 

Jika akaun anak didaftarkan bawah nama kita, pilih pada Akaun Persendirian. Jika akaun anak tidak didaftarkan bawah nama kita (contohnya bawah nama suami / isteri), boleh pilih Akaun Pihak Ketiga.

POTONGAN GAJI TABUNG HAJI

Kemudian masukkan nombor akaun TH yang kita nak masukkan gaji setiap bulan.

 

Selepas tu masukkan juga nombor telefon, e-mel dan pastikan nombor MyKad tu betul.

 

POTONGAN GAJI TABUNG HAJI

LANGKAH 5

 

Boleh tetapkan potongan ikut kekerapan yang kita pilih, saya pilih setiap bulan. Setkan di bahagian Frekuensi.

anda akan dibawa ke akaun bank online banking (langkah tu saya tak tunjukkan step by step kat sini).

Caranya macam biasa, kita kena login dan sahkan nombor TAC.

 

LANGKAH 6

 

Akhir sekali, bila dah berjaya, kita akan dapat notifikasi macam ni.

POTONGAN GAJI TABUNG HAJI

Selesai!

 

Jangan risau, katalah selepas 2-3 bulan tu kita rasa nak stop buat direct debit ni, atau nak tambah atau kurangkan amaun yang dipotong dari gaji – boleh edit bila-bila masa.

 

Nak buat pembatalan terus pun boleh.

 

Pergi saja ke menu Pindahan > Penyelenggaraan Direct Debit

Mudah-mudahan langkah ini juga dapat membantu kita menyimpan dengan lebih konsisten setiap bulan.

 

Maklumat lanjut:

Anda boleh layari https://www.tabunghaji.gov.my/en/savings/faq/thijari-faq

 

4 Comments

  1. Cara cancel auto debit bulanan Dr myabank mcner salah tekan
    St nak tranfer silap tekan auto debit bulanan mcnerr nak cancel

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *