PPAM (Permohonan & Semakan Perumahan Penjawat Awam)

Utama / PPAM / PPAM (Permohonan & Semakan Perumahan Penjawat Awam)

PPAM (Permohonan & Semakan Perumahan Penjawat Awam)

Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia (SPPAM) diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan PPAM. Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

 

APAKAH ITU PPAM?

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

 

SYARAT PERMOHONAN PPAM

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah penjawat awam kakitangan awam yang masih berkhidmat atau telah berpencen dan terbuka kepada semua gred jawatan.
  • Pemohon mestilah merupakan kakitangan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan.
  • Pemohon boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa namun hanya satu projek akan ditawarkan bagi setiap isi rumah.
  • Pemohon tidak dibenarkan menjual rumah yang dibeli dalam tempoh 10 tahun melainkan mendapat kelulusan daripada Kerajaan atau menjual kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak.

 

CARA PERMOHONAN PPAM 

Semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman WEB OFFICIAL

Jika anda mahu membeli bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di SINI

Pemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web berikut: KLIK DI SINI

nota: Tiada borang secara manual.

 

DOKUMEN PERMOHONAN PPAM 

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Status permohonan boleh disemak di portal  dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem  adalah seperti berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak .
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

 

JENIS RUMAH YANG DISEDIAKAN 

Melalui skim ini terdapat pelbagai jenis rumah yang ditawarkan iaitu :

  • Jenis Teres
  • Apartmen
  • Rumah Bandar
  • Berkembar
  • Banglo (Sesebuah)

Setiap rumah akan menepati spesifikasi umum yang ditetapkan iaitu :

  • Jenis rumah (Type) : Bertanah atau bertingkat/apartmen. Kemudahan lif hendaklah disediakan semua jenis apartmen.
  • Saiz rumah : Sekurang-kurangnya hendaklah 850 kaki persegi (kp) bagi keluasannya. Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air pula bagi setiap rumah.
  • Reka Bentuk : Keselesaan penghuni dari segi pengudaraan dan pencahayaan, penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan diambil kira bagi konsep ini.
  • Kemudahan perumahan adalah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dimulai dari RM90,000 hingga RM300,000 untuk harga rumah.

 

LOKASI TUMPUAN PROJEK 

Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.

 

SOALAN LAZIM

1) Bagaimanakah saya hendak mengetahui kelayakan bagi jenis rumah yang dipohon?

Sebelum memilih jenis rumah, anda dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan bank komersil atau LPPSA terlebih dahulu.

2) Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan saya telah Berjaya?

Anda akan dihubungi melalui email dan paparan di dalam laman web ppam ini, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan

3) Bolehkah saya memilih unit bagi jenis rumah yang saya pohon setelah permohonan saya Berjaya?

Tidak. Mengikut kaedah yang akan digunakan oleh Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia, pengundian akan dilakukan.

4) Berapakah jumlah deposit yang perlu saya sediakan untuk Perjanjian Jual & Beli ?

Bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual & Beli (SPA) perlu disediakan.

5) Berapa lamakah tempoh yang saya ada untuk menguruskan kemudahan pinjaman?

Permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan (LPPSA/lain-lain) atau bank komersial hendaklah diuruskan dan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual & Beli perlu didapatkan.

6) Berapa lamakah tempoh serahan kunci setelah projek ini siap?

Kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sebaik sahaja projek mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC), sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman projek ini

 

PPAM PUTRAJAYA (PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM)

Kepada anda yang yang mencari rumah PPAM Putrajaya, kini Perbadanan Putrajaya telah membuka permohonan secara online bagi Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Putrajaya bagi Fasa 4.

Tarikh Permohonan PPAM Putrajaya

  • Permohonan secara online dibuka mulai 7 November sehingga 21 November 2022 secara atas talian.

Harga Jualan PPAM Putrajaya

  • Antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit

Kriteria Pemohon PPAM Putrajaya

  • Keutamaan kepada penjawat awam bekerja/tinggal di Putrajaya.
  • Keutamaan bagi mereka yang tiada rumah pertama di Putrajaya.
  • Keutamaan bagi pendapatan di bawah RM10,000.
  • Pemohon/pasangan tidak layak menduduki kuarters di Putrajaya.

Syarat Kelayakan Permohonan PPAM Putrajaya

  • Penjawat awam dalam kategori berikut:
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Perkhidmatan Awam Negeri
    • Perkhidmatan Awam Persekutuan
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
  • Warganegara Malaysia.
  • Penjawat awam (lantikan atau kontrak).
  • Moratorium selama 10 tahun.
  • Bagi penjawat awam yang telah berpencen (kad pesara)

Cara Permohonan PPAM Putrajaya

  • Layari laman web https://www.ppam.gov.my/.
  • Klik bahagian ‘Daftar.’
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Kemudian, log masuk denga memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Buat permohonan sehingga selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

16 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *