PERMOHONAN RUMAH PPRT 2022 (Daftar espkr.rurallink.gov.my)
Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PPRT
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
KEUTAMAAN BANTUAN PPRT
Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT
Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang perlu diikuti:
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
- Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
- Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
- Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
- Kawasan luar bandar.
KATAGORI PPRT
Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:
Bina Baru
- Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
- Syarat bantuan bina Baru:
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan
Baik Pulih
- Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikkan
- Requisition
- Syarat bantuan baik pulih rumah:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan:
- Dokumen berkaitan pemilikan harta/tanah
- Dokumen pendapatan
- Gambar kad pengenalan (depan & belakang)
- Gamabr rumah semasa (sekiranya ada)
CARA PERMOHONAN PPRT
Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
- Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Papa paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:
- Talian Helpline: 03-8000 8000
- Emai: [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Bantuan rumah
Bantuan rumah
Mcam mna nk register Area pantai kundur melaka
Untuk meminta rumah pprt
Memerlukan bantuan rumah
memerlukan bantuan rumah
Sy memerlukan bantuan rumah dan juga biaya persekolahan anak
Sy memerlukan bantuan rumah PPRT