SEMAKAN STATUS PRIHATIN KASIH:PERMOHONAN BANTUAN TANPA TUNAI RM100(3BULAN)  & SENARAI KEDAI 

Utama / PRIHATIN KASIH / SEMAKAN STATUS PRIHATIN KASIH:PERMOHONAN BANTUAN TANPA TUNAI RM100(3BULAN)  & SENARAI KEDAI 

SEMAKAN STATUS PRIHATIN KASIH:PERMOHONAN BANTUAN TANPA TUNAI RM100(3BULAN)  & SENARAI KEDAI 

 

PRIHATIN Kasih adalah satu bentuk bantuan tanpa tunai cashless dibawah pakej ransangan PEMERKASA. Melalui PRIHATIN Kasih, kerajaan telah memperuntukkan bantuan cashless sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

 

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

 

Untuk itu, berikut adalah cara semakan status PRIHATIN Kasih menggunakan nombor MyKad anda dan kreatiria penerima PRIHATIN Kasih.

 

KREATIRIA PENERIMA PRIHATIN KASIH

 

Berdasarkan semakan yang telah dibuat, kreatiria penerima PRIHATINKasih diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudian akan disemak sekali lagi dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Melalui semakan ini, setiap isi rumah ketua keluarga akan dikreditkan elaun menggunakan MyKad.

 

Kepada penerima PRIHATINKasih yang layak akan menerima SMS dari MyKAsih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.

 

 

 

CARA SEMAKAN STATUS PRIHATIN KASIH

 

Untuk menyemak status sama ada anda adalah penerima PRIHATINKasih sila layari portal http://www.mykasih.com.my/

 

  1. Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

 

SEMAKAN SENARAI KEDAI PRIHATIN KASIH

 

Jika anda adalah seorang penerima layak PRIHATIN Kasih anda boleh menyemak senarai kedai yang berdekatan dengan Kawasan kediaman anda. Berikut adalah cara semakan untuk mengetahui kedai yang berdekatan :

 

  1. Layari portal semakan status PRIHATINKasih di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada halaman utama portal terdapat butang Senarai Kedai di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Klik pada butang tersebut. Pada paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk memasukkan daerah keberadaan anda dan negeri bermastautin.
  4. Selesai masukkan, tekan butan Cari. Senarai semua kedai boleh anda dapati hasil dari carian tersebut.
  5. Untuk memulakan carian sekali lagi, tekan pada butang Tetapan Semula.

 

SOALAN LAZIM

 

Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima PRIHATINKasih di bawah program ini?

Penerima PRIHATINKasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan. Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:

 

BULANBAYARAN
1 Julai 2021RM100
1 Ogos 2021RM100
1 September 2021RM100
JUMLAHRM300

 

Berapa lamakah tempoh penggunaan bayaran PRIHATINKasih sah?

Penerima PRIHATINKasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

 

Adakah saya perlu memohon PRIHATIN Kasih?

Anda tidak perlu memohon PRIHATIN Kasih. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

 

Di manakah boleh saya membeli barangan makanan/runcit di bawah program ini? Apakah barangan makanan/runcit yang boleh saya beli?

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

 

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

 

 

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

 

Jika anda mempunyai sebanrang pertanyaan lanjut boleh hubungi MyKasih Foundation melalui emel [email protected] dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

 

ARTIKEL LAIN

Nak daftar pakej Skim Internet Selangor B40?Rujuk  SISB40

Macam mana nak buat semakan PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL

 

 

28 Comments

  1. Hi saya Tang nk daftar my kasih tapi sistem tuju website closed
    Skg Sy nk memerlukan bantuan ini meneruskan sekian
    Terima kasih

  2. Saya apa2 bantuan pun tk dapat buat kemaskin pun tk boleh.PKP pasal kerja pun tk ada.Mana2 cari pun kerja tk dapat.Saya apa makan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *