PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM)

Utama / Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) / PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM)

PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM)

Sekiranya anda ingin memiliki rumah kediaman yang mampu milik, kini Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang akan memberi manfaat kepada ahli isi rumah di luar bandar. Disini kami kongsikan kepada anda cara membuat permohonan program PRKM ini, semoga membantu.

 

APA ITU PRKM

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang terdahulunya dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Program ini telah ditambah dengan dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

 

KATAGORI BANTUAN

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan katagori bantuan bagi program ini:

  1. Bina Baharu
    • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih
    • Baik pulih melibatkan 3 elemen iaitu:
      • Penyelenggaraan
      • Penambahbaikan
      • Requisition
    • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
    • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

 

KADAR BANTUAN PRKM

Berikut adalah merupakan kadar bantuan mengikut katagori menerusi program ini:

  1. Bina Baharu
    • Semenanjung : RM66,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit
  2. Baik Pulih
    • Semenanjung : RM15,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit

 

SYARAT KELAYAKAN PRKM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program Perumahan Rakyat Kelauraga Malaysia iaitu:

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

 

CARA PERMOHONAN PRKM

Kepada anda yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari website borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online
  2. Isikan dengangan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar https://www.rurallink.gov.my/
  • Telefon : 03 8000 8000
  • E-mail : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2022 (Daftar espkr.rurallink.gov.my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *