PROGRAM E-START (Cara Daftar Bantuan Ewallet RM200 Untuk Belia)

PROGRAM E-START (Cara Daftar Bantuan Ewallet RM150 Untuk Belia)

PROGRAM E-START

BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM200 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Bagaimana cara penebusan? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU e-START (e-Pemula)

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2023 dan bertujuan untuk:

  • Meringankan beban kewangan belia;
  • Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
  • Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal

 

KADAR BAYARAN PROGRAM E-START

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM200 dalam bentuk kredit e-tunai

 

KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM E-START

Berikut adalah merupakan penerima yang layak program ini:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

 

TARIKH PENDAFTARAN e-PEMULA (e-START)

  • Program ini dijangka akan bermula pada *Akan Dikemaskini

 

CARA PERMOHONAN e-START

Berikut adalah merupakan cara permohonan:

  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPayGrabPayShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
    4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM eSTART

Apakah itu Program eStart?

  • Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM200 dalam bentuk kredit e-tunai.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA TEBUS RM200 e-WALLET 2023 (Semakan Syarat Dan Pendaftaran)

e-PEMULA PERMOHONAN BANTUAN KREDIT eBELIA eWALLET RM200 UNTUK BELIA (e-Start)

 

10 thoughts on “PROGRAM E-START (Cara Daftar Bantuan Ewallet RM200 Untuk Belia)”

Leave a Comment