CARA DAFTAR PROGRAM GEMS PTPTN (Dapat Latihan Keusahawanan & Elaun 12 Bulan)

CARA DAFTAR PROGRAM GEMS PTPTN (Dapat Latihan Keusahawanan & Elaun 12 Bulan)

Kepada graduan tahun 2019/2020, sekiranya anda berminat untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping dapat menjana pendapatan, anda boleh membuat pendaftaran program GEMS. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai program ini dan cara pendaftaran, semoga membantu.

 

APA ITU GEMS

Program Graduate Executive Marketer For Simpan SSPN Plus (GEMS) merupakan salah satu inisiatif PTPTN untuk memberi peluang kepada peminjam yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 yang belum mendapat pekerjaan dan berminat mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping dapat menjana pendapatan. Hanya peminjam yang terpilih akan menerima emel pencalonan awal sebagai peserta untuk menyertai program ini berdasarkan data dan kriteria yang ditetapkan. Peserta dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran pada pautan emel pencalonan tersebut.

 

KELEBIHAN PROGRAM GEMS

  • Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan);
  • Berpeluang menerima komisen lumayan;
  • Tanpa modal perniagaan;
  • Waktu kerja fleksibel;
  • Sokongan pemasaran berterusan;
  • Latihan/bimbingan diberikan;
  • Sijil boleh digunakan memohon MicroCredential jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.
  • Pasaran luas tanpa sempadan;
  • Tidak melibatkan transaksi tunai;
  • Produk Simpan SSPN Plus telah dikenali; dan
  • Produk patuh Syariah.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM GEMS

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Lepasan Ijazah Sarjana Muda (Aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020 ;
  4. Merupakan peminjam PTPTN;
  5. Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman;
  6. Lepasan Ijazah Sarjana Muda (Aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020 ;
  7. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial; dan
  8. Tidak berstatus muflis.

 

KADAR ELAUN  DAN KOMISEN PROGRAM GEMS

Peserta akan menerima elaun dan komisen berdasarkan dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus.

  1. Elaun sebanyak RM400 setiap bulan selama 12 bulan bermula tarikh pelantikan graduan sebagai peserta GEMS
  2. Komisen akan diberikan berdasarkan pencapaian peserta. Sekiranya komisen bulan semasa melebihi RM500, RM50 akan ditolak daripada elaun untuk membayar balik pinjaman PTPTN peserta

 

CARA DAFTAR PROGRAM GEMS

PTPTN akan menghantar tawaran program menerusi e-mel kepada peminjam yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Selanjutnya permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang yang disertakan dan hantar dalam tempoh yang ditetapkan. Pemohon juga boleh mendaftar secara online seperti berikut:

  1. Layari pautan pendaftaran: https://www.ptptn.gov.my/gems/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda, tick pada I’m Not Robot dan tekan Log Masuk
  3. Memastikan semua maklumat peribadi dilengkapkan dengan betul;
  4. Mengesahkan pendaftaran setelah proses pendaftaran selesai; dan
  5. Menduduki ujian psikometrik pada link yang diberikan.
  6. Teruskan proses pendaftaran anda dengan ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM GEMS

Adakah sebarang kos dikenakan untuk menyertai program ini?

  • Tiada sebarang kos dikenakan kepada peserta program.

Sekiranya saya tidak menerima e-mel tawaran, adakah saya boleh memohon dengan mengemukakan rayuan?

  • Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan kerana hanya peserta yang memenuhi syarat kelayakan sahaja ditawarkan untuk program ini

Saya tidak berminat dengan tawaran program ini. Adakah saya boleh majukan tawaran program ini kepada rakan-rakan yang lain?

  • Tidak boleh kerana tawaran hanya untuk peminjam yang layak sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan lagi maklumat lanjut mengenai Program GEMS ini, sila layari Portal Rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

GERAN SEPADAN PTPTN(Cara Daftar Apply Insentif Sehingga RM10000)

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *