CARA BERSIHKAN DIVIDEN KWSP 2023(Bagi Simpanan Konvensional)

Utama / CARA BERSIHKAN DIVIDEN KWSP / CARA BERSIHKAN DIVIDEN KWSP 2023(Bagi Simpanan Konvensional)

CARA BERSIHKAN DIVIDEN KWSP 2023(Bagi Simpanan Konvensional)

Terdapat dua jenis akaun simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Simpanan Konvesional dan Simpanan Syariah. Jika anda mula-mula daftar akaun KWSP, anda akan menerima akaun Konvensional dan pertukaran akaun hanya boleh dibuat melalui permohonan sahaja. Sebenarnya dividen KWSP yang diterima setiap bulan perlu dibersihkan khususnya bagi pencarum yang beragama Islam.

 

APA ITU BERSIHKAN DIVIDEN KWSP

Bagi ahli beragama Islam yang belum memilih Simpanan Shariah, ahli bertanggungjawab untuk melakukan pembersihan ke atas dividen yang diterima daripada Simpanan Konvensional ke simpanan syariah.

 

PERLU KE BERSIHKAN DIVIDEN KWSP ?

Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam telah membuat keputusan dimana wang dividen yang diperoleh daripada akaun simpanan konvensional KWSP sebelum bertukar ke akaun simpanan Syariah tidak perlu dibersihkan.

 

CARA TUKAR KE SIMPANAN SYARIAH

Sebenarnya akaun Simpanan Syariah KWSP bukan khusus untuk orang Islam sahaja tetapi terbuka kepada semua Warganegara dan Bukan Warganegara, semua agama dan semua bangsa.

Anda boleh buat pertukaran dengan cara:

  1. Melalui Kauter KWSP dan KWSP Mobile (Mykad atau passport)
  2. Secara online menerusi i-Akaun (Ahli)

 

 

CARA CARA BERSIHKAN DIVIDEN KWSP 

Amaun bembersihan tersebut hendaklah disalurkan dengan 2 kaedah

  1. Anda boleh salurkan ke Baitulmal di negeri masing-masing atau badan kebajikan yang berdaftar bagi membiayai kemudahan awam dan bantuan kebajikan
  2. Salurkan secara langsung kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti faqir miskin termasuk ahli keluarga selain daripada tanggungang ahli bagi tujuan kelangsungan hidup dan keperluan asas.

 

KADAR PEMBERSIHAN DIVIDEN SIMPANAN KONVENSIONAL

Ahli perlu menyucikan dividen yang diperoleh menerusi Simpanan Konvensional daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli.

  • 2017 : 64%
  • 2018 : 68%
  • 2019 : 71%
  • 2020 : 69%
  • 2021 : 69%

 

Bagi tahun 2021, KWSP telah menetapkan kadar pembersihan dividen Simpanan Konvensional adalah sebanyak 69% daripada jumlah dividen.

Cara pengiraan adalah seperti berikut

69% x Dividen = Jumlah yang perlu dibayar (disucikan)

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN KWSP

CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS (Dapat RM250 Setiap Tahun)

 

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *