PROGRAM SARINGAN AWAL PERCUMA KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR (Daftar anisselangor.com/daftarsaringan)

Utama / PROGRAM SARINGAN AWAL / PROGRAM SARINGAN AWAL PERCUMA KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR (Daftar anisselangor.com/daftarsaringan)

PROGRAM SARINGAN AWAL PERCUMA KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR (Daftar anisselangor.com/daftarsaringan)

Kepada ibu bapa atau penjaga yang yang mempunyai anak istimewa yang berada di Negeri Selangor yang ingin membuat saringan kesihatan, kini anda dialu-alukan unttuk menjalani saringan kesihatan percuma melalui Program Sarigan Awal ANIS. Disini kami akankongsikan cara membuat pendaftaran, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SARINGAN AWAL ANIS

Program Saringan Awal oleh pihak Anak Istimewa Selangor  (ANIS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan agar dapat memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor melalui pemberdayaan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik yang lebih mampan.

 

TUJUAN UTAMA SARINGAN AWAL

Tujuan utama saringan awal ini dijalankan adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak mereka.

Rumusan laporan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang seperti ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’, dan doktor pakar akan diberikan kepada ibu bapa bagi merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya dan tindakan selanjutnya.

 

KOS SARINGAN AWAL ANIS

Saringan awal kesihatan awal adalah percuma bagi saringan selama 2 jam.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SARINGAN AWAL ANIS

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan boleh dibuat menerusi cara berikut:

  1. Layari pautan permohonan: https://www.anisselangor.com/daftarsaringan.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik Find.
  3. Sekiranya tiada rekod, klik pada Klik Di Sini Untuk Teruskan Pendaftaran.
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap sehingga selesai.
  5. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  6. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  7. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:
    • Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 , Tingkat G Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Saringan Awal ANIS, sila layari website rasmi  Anak Istimewa Selangor ANIS https://www.anisselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *