PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN (Permohonan Pembiayaan Usahawan/Syarikat)

PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN (Permohonan Pembiayaan Usahawan/Syarikat)

Kepada para usahawan atau syarikat yang ingin menambah modal perniagaan, anda boleh cuba membuat permohonan pembiayaan menerusi program semarak niaga BSN. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan maklumat pembiayaan program ini, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

BSN Micro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Skim ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekaligus membangkitkan semula keupayaan serta daya tahan perniagaan yang mengalami kerugian sebelum ini.

Melalui skim ini, pengusaha mikro bagi semua sektor perniagaan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

Berikut adalah merupakan usahwan atau syarikat yang layak memohon pembiayaan program ini iaitu:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd).
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Perusahaan mikro dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan

 

SEKTOR PERNIAGAAN LAYAK MEMOHON 

Terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.

 

TUJUAN PEMBIAYAAN PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

Berikut adalah merupakan antara tujuan pembiayaan ini iaitu:

  • Modal Kerja / Working Capital
  • Pembelian Aset

 

SENARAI PEMBIAYAAN PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

Berikut adalah merupakan pilihan pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini iaitu:

JENIS PEMBIAYAANKETERANGAN
SemarakSemarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan
Semarak-NitaSemarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.
Semarak PEDiSemarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 20,000.

Semarak-BeliaSemarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Belia adalah sehingga RM 50,000.

Semarak SukanSemarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak Sukan adalah sehingga RM 50,000.

Semarak-MulaSemarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Mula adalah sehingga RM 20,000.

Semarak TaniSemarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 75,000.

 

KADAR  FAEDAH PEMBIAYAAN SEMARAK NIAGA BSN

Kadar pembiayaan yang dikenakan bagi pemohon adalah 4% setahun.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika berkenaan).
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
  5. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

Kepada usahawan atau syarikay yang berminat  serta memenuhi syarat kelayakan boleh mohon bantuan pembiayaan ini seperti berikut:

  1. Lawati laman sesawang Semarak Niaga BSN semarak untuk menyemak butiran produk. details.
  2. Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN atau
  4. Lakukan permohonan secara dalam talian di pautan
    • Layari pautan permohonan https://www.bsncheckin.com.my/MF/
    • Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Continue.’
    • Muat naik dokumen yang diperlukan.
    • Klik butang ‘Submit Application’ untuk membuat penghantaran permohonan.
  5. Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM SEMARAK NIAGA BSN

Untuk merujuk soalan lazim yang tersedia menerusi program ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Semarak BSN, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN BAKI BANK BSN ONLINE(Guna MYBSN / SMS BSN / ATM)

8 Comments

  1. Saya seorang usahawan bumiputera yang sangat terkesan disebabkan pandemic covid 19,bagaimana untuk buat sebarang permohonan bagi skim² yang telah di nyatakan ?

  2. Sila memberi lanjutan di atas perenggan 19 – Business Recapitalisation Fund –
    (a) Apa keperluan dikehendaki oleh syarikat Pemohon?
    (b) Samaada syarikat boleh memohon kemudahan overdraf?
    (c) Bank participating scheme ini?
    (d) Samaada Scheme sudah dijalankan?

    • Tuan/Puan

      1. Menurut senarai bank-bank participating Semarak Niaga,
      tetapi beberapa bank enggan menerima permohonan
      untuk Item 19 – Business Recapitalization Fund/Facility.

      2. Sila memberitahu samada kami boleh hantar Permohonan
      kepada Bank Negara Malaysia dan nama Bahagian
      bertanggung perkara ini. Jawapan awal amat dihargai.
      Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *