PERMOHONAN PSSTLDM 2024(Pegawai Kadet & Perajurit Muda)

Utama / PSSTLDM / PERMOHONAN PSSTLDM 2024(Pegawai Kadet & Perajurit Muda)

PERMOHONAN PSSTLDM 2024(Pegawai Kadet & Perajurit Muda)

Adakah anda berminat untuk menjadi sebahagian anggota keluargaTentera Laut Diraja Malaysia Anda boleh menyertai sebahagian dari anggota walaupun sebagai anggota simpanan. Terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang ditawarkan jika menyertai PSSTLDM .

 

APA ITU PSSTLDM?

PSSTLDM merupakan anggota simpanan dalam cabang Angkatan tentera laut. Secara umumnya, latihan yang dilaksanakan bagi pegawai dan askar laskar PSTLDM bermatlamat agar mereka berkeupayaaan untuk melaksanakan peranan dan tugas PSTLDM.

Di samping itu juga, latihan yang dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk dikerah tenaga apabila keadaan memerlukan pada suatu masa dan sentiasa bersedia sebilang masa.

 

KELEBIHAN & FAEDAH MENYERTAI PSSTLDM

Faedah dan keistimewaan yang akan anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM adalah seperti berikut:

  1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  2. Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
  3. Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
  4. Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
  5. Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  6. Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
  7. Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  8. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  9. Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
  10. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  11. Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  12. Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  13. Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  14. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

 

SYARAT KELAYAKAN PSSTLDM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas bagi permohonan PSSTLDM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur:
    • Pegawai: 18 -45 tahun
    • Perajurit muda: 18 -35 tahun
  • Sihat tubuh badan & jelas penglihatan
  • Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100 km.
  • Lulus temuduga pemilihan.
  • Memenuhi syarat minima ukuran fizikal iaitu:
    • Tinggi: 1.62m (lelaki) / 1.57m (perempuan)
    • Berat: 47.5kg (lelaki) / 45.0kg (perempuan)
    • BMI: 26.9 (Lelaki/wanita)
    • Ukuran Dada: 76cm biasa / 81cm kembang (Lelaki sahaja)

Berikut adalah merupakan syarat akademik mengikut katagori:

  • Pegawai
    •  Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 ke atas. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di dalam peperiksaan SPM atau setaraf
  • Perajurit Muda
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan sejarah, serta lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM atau setaraf

 

ELAUN DAN GAJI PSSTLDM

Pemberian elaun dan saguhati kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka. Dasar penetapan perkara ini adalah seperti termaktub di dalam Territorial Army (Pay and Allowances) Rules 1959 dan Report Of The Committee Of Officials On The Salaries And Terms And Conditions Of Service Of The Malaysian Armed Forces (Laporan JKK Pertama).

Pembayaran elaun PSSTLDM dibuat berpandukan Buku Panduan Urusan Gaji Bab F (Prosedur Pembayaran Gaji Dan Elaun Angkatan Sukarela), yang dikeluarkan oleh Mk – ATM Jabatanarah Urusan Gaji AT (Cawangan Askar Wataniah).

Panduan ini dikeluarkan agar semua unit PSSTLDM dapat melaksanakan dokumentasi dan pembayaran elaun dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

 

CARA PERMOHONAN PSSTLDM 

Bagi sesiapa yang berminat dan berkelayakan, sila hadirkan diri temuduga kecergasan fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan:

  • Tarikh : 18 Februari 2023
  • Masa : 8.00 AM
  • Lokasi : PSTL Kuching

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen yang lengkap dan berpakaian sukan. Sila rujuk infografik di bawah atau scan QR code untuk senarai dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri ujian kecergasan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda membawa dokumen diperlukan semasa menghadiri temuduga iaitu:

  • 5 keping – gambar berukuran passport
  • 3 salinan – kad pengenalan
  • 3 salinan – surat kelahiran
  • 3 salianan – sijil berhenti sekolah
  • 3 salinan – sijil SPM/STPM/Diploma/Ijazah
  • 3 salinan – kad pengenalan waris (ibu/bapa/adik beradik)
  • 3 salinan – sijil nikah (jika berkaitan)
  • Alat tulis yang secukupnya

Nota: Pastikan anda membawa dokumen asal juga.

 

MAKLUMAT LANJUT

untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sila layari website rasmi TLDM di pautan https://www.navy.mil.my/index.php/ms/

Laman web: https://hqnr.navy.mil.my/

 

ARTIKEL LAIN

JOM MASUK TENTERA (Permohonan Pengambilan Pegawai ATM)

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PERMOHONAN ONLINE)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *