PSU 3.0 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
PSU 3.0 adalah merupakan salah satu bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
Tujuan PSU diadakan ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah untuk tiga bulan lagi dengan peruntukan RM1.5 bilion.
ketahui juga BAYARAN BULANAN FAEDAH PERKESO TAHUN 2021 : TARIKH BAYARAN FAEDAH & MAKLUMAT BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN UNTUK MEMOHON PSU 3.0
- Kadar Penurunan Pendapatan atau Jualan
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
- Pendaftaran Majikan
- Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021
- Gaji Pekerja
- Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
- Syarat-Syarat Lain
- Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja
tedapat banyak yang membuat salah ketika membuat permohonan i-sinar, ketahui KESILAPAN PERMOHONAN I-SINAR : SENARAI KESILAPAN SEMASA BUAT PERMOHONAN
jika anda seoarang belia, anda digalakkan memohon GERAN AGROPRENEUR MUDA 2021
SYARAT TAMBAHAN YANG DILETAKKAN DI BAWAH PSU 3.0
Terdapat syarat tambahan yang telah digariskan, kami kongsikan secara lanjut syarat tambahan bagi pemohonan PSU 3.0 di bawah:
- Hanya perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja yang layak memohon
- Industri-industri ini adalah antara industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya pada tahun 2021 dan masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
- Contohnya, aktiviti sektor perhotelan, penerbangan (aviation), agensiagensi pelancongan, pemborongan dan penjualan runcit, perdagangan di kedai, gerai, ataupun pasar.
- Senarai aktiviti sektor yang berkaitan telah diperincikan di myfuturejobs.gov.my.
anda tidak mahu mencuba memohon PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 : SYARAT PERMOHONAN, CARA MOHON DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0?
Sebelum membuat permohonan , anda juga mestilah mengetahui adakan anda layak ataupun tidak layak untuk memohon. Disini kami kongsikan senarai siapakah yang tidak layak memohon :
- Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021;
- Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021;
- Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
- Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit;
- Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
- Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive);
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers;
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate);
- Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.
anda pembayar cukai pendapatan???
DOKUMEN PERMOHONAN
Seperti bantuan kerajaan yang lain, PSU 3.0 juga memerlukan dokumen sebagai bukti untuk membuat permohonan. Dokumen amat penting untuk [email protected] semasa membuat permohonan. Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon semasa membuat permohonan:
- Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja); iii. Maklumat
- Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
- Akuan Pengisytiharan PSU3.0.
baca juga CONTOH SOALAN KESELAMATAN I-SINAR : CARA JAWAB DENGAN BETUL
CARA PERMOHONAN
Permohonan PSU 3.0 boleh dikemukakan di Portal PRIHATIN di https://prihatin.perkeso.gov.my.
TARIKH PERMOHONAN
PSU 3.0 bermula berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 dan tarikh akhir permohonan PSU 3.0 adalah pada 30 Jun 2021.
SOALAN LAZIM
1. Apakah itu borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?
Akuan Pengisytiharan PSU3.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.
2. Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah PSU walaupun membuat caruman bulanan PERKESO?
PSU adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui pakej PRIHATIN termasuk PSU 3.0 untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
3. Adakah majikan sedia ada yang sedang menerima PSU perlu mengemukakan permohonan yang baru untuk PSU 3.0?
Majikan sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU 3.0 di Portal PRIHATIN prihatin.perkeso.gov.my bermula pada 1 Januari 2021.
4. Sekiranya majikan telah lulus permohonan pada bulan Jun 2020, adakah majikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 3.0 yang baru diumumkan pada 6 November 2020?
Ya. Majikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 3.0 yang baharu jika memenuhi syarat kelayakan di Jadual 1 (Soalan 4(d)) sebelum 30 Jun 2021. Setelah selesai mendapat bantuan PSU yang diluluskan sebelum ini, majikan akan menerima tambahan 3 bulan bagi PSU 3.0 ini.
5. Bagaimanakah majikan hendak membuktikan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 30% peratus atau lebih?
Majikan boleh membuktikan penurunan pendapatan atau jumlah jualan sebanyak 30% atau lebih selepas PKPP dengan menyatakan jumlah berkenaan di dalam permohonan PSU 3.0 melalui capaian portal prihatin.perkeso.gov.my yang menunjukkan kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2021 (perubahan year on year).
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
Dear Sir, just wondering can not find any column to choose for retail industry under “Aktiviti Industri” only Aktiviti Agensi Pengembaraan and Aktiviti Operator Pelancongan?
apa yang saya boleh buat pekerja berhenti selepas permohonan diluluskan
Saya pn sama nasib mcm ni ..sblom majikan berentikan sy majikan ckp dia dh daftar nama sy kat kwsp dan sokso..bila sy tya kenapa lama sgat majikan bg alasan pkp ,sy kerja dekat 2 bln jgk.sy cuma ada surat tawaran
SYARIKAT KAMI TELAH DAFTAR PSU2.0, UNTUK PSU 3.0 KAMI KENA MOHON LANJUTAN 3.0 BETUL, NO. RUJUKAN ADALAH APA?
sya guna no rujukan PSU2.0
I have wrongly submitted the update employee listing.
I wish to resubmit the correct one but cannot get into the system as it indicates that I have submitted already.
Please advise how to make amendment and send in the correct one.
Thank you.
Saya salah isi tuntutan ke 1,2,3 untuk psu 3.0 dalam pemohonan lanjutan psu 3.0, saya cuba buat kemaskini maklumat tetapi tidak dapat juga untuk pembetulan tersebut, macammana saya boleh buat?
Sy d berhentikan kerja masa pkp April 14/04/2020 majikan x bayar pampasan & kami ada 8 orang tu masa di berhentikan & kami ada potongan epf tpi x d byr lgi hingga skrg dri bln Dec 2019 ke April 2020 kami juga ada potongan EIS perkeso tu ja elaun yg kami dpt selama 5 bln mulai mei 2020 akhir bln Oct jdi sy mau tyn blh kah sy memohon perkeso 3.0 yg baru ini tqvm
Adakah saya dapat
Kalau tak ingat No rujukan apa cara boleh buat? thx
hi, may I ask did you already settle this matter? If can’t remember no rujukan then where should go find ya? I check the mailbox also can’t find it
Industri : Pengangkutan dan Penyimpaan
Aktiviti industri : (Di dalam aktiviti industri tak dapat pilih sebab semua dalam aktiviti industri adalah pengangkutan penumpang, bas, teksi, bot, aktiviti industri kami ialah wakil pengangkutan lori yang membawa pasir dan batu)
Pengangkutan lori yang membawa pasir dan batu kena pilih yang mana satu.
Sekian terima kasih
Industri : Pengangkutan dan Penyimpaan
Aktiviti industri : (Di dalam aktiviti industri tak dapat pilih sebab semua dalam aktiviti industri adalah pengangkutan penumpang, bas, teksi, bot, aktiviti industri kami ialah wakil pengangkutan lori yang membawa pasir dan batu)
Pengangkutan lori yang membawa pasir dan batu kena pilih yang mana satu.
Sekian terima kasih
Balas (balas dekat mana ? email tak terima balas. Sila balas dalam email add : [email protected] terima kasih
hi ,
nak tanya, untuk subsidi upah 3.0: saya pilih bagi aktiviti
Industri: aktiviti perkhidmatan lain
Aktiviti Industri: perhidmatatan pengangkutan pelancongan (tiada dlm senarai),…mcm mana ye, sblm ni untuk 2.0 ada , mohon balas ya.
D mana saya boleh ambil cek atau pada siapa saya boleh hubungi
permohonan sudah di buat, tapi tiada no rujukan,
permohonan sudah di buat, tapi tiada no rujukan,
mana boleh dapat no. rujukan, pernah dapat psu1.0, tp tak nampak no. rujukan..?
PSU 3.0 tidak dapat masukkan dalam sistem.
prihatin.perkeso.gov.my
Adakah masuk dalam aduan dan isikan data.
minta faham bila boleh dapat bayaran PSU3.0 ? Sudah dapat no. rujukan
hai, saya nak tanya berkenaan psu 3.0 yg sy apply, mcm mana nak tahu permohonan telah diluluskan?
hi, saya tanya psu yg sy apply, belum dapat no. rujukan lagi. bila saya boleh dapat ?
Hari, saya dah aplay psu 3.0 tapi belum dapat no. rujukan, bila saya dapat?
Hi, saya tak ingat lagi nombor rujukan psu, di mana dapat cari ?
Thanks!
Saya juga tak ingat…macam tak ade cara dapat balik
Dear sir, I lost my no rujukan. Can request new registration?
psu1 & 2.0 already get all payment. For PSU 3.0 i not apply yet . So , i need go to *BORANG PERMOHONAN* or *KEMASKINI*
Thanks , Hope to receive yr reply soon.
How do I get my No. rujukan? I can’t find it anymore in mailbox