SEMAKAN PERMOHONAN PERKESO PSU 5.0 (Lulus Ke Gagal)

Utama / PSU 4.0 / SEMAKAN PERMOHONAN PERKESO PSU 5.0 (Lulus Ke Gagal)

SEMAKAN PERMOHONAN  PERKESO PSU 5.0 (Lulus Ke Gagal)

Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah. Terkini majikan boleh membuat permohonan  PSU 5.0, disini kami kongsikan cara untuk membuat semakan, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

  • PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
  • Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Terkini :Kemaskini PSU 5.0 boleh dibuat diportal https://psu.perkeso.gov.my

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Permohonan kini dibuka mulai 01 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah merupakan syarat dan kelayakan utama yang diletakkan di bawah PSU5.0:

  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A

 

SENARAI SEKTOR YANG TERLIBAT PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Senarai sektor yang terlibat boleh rujuk DISINI 

NOTA:

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
  • PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.

 

CARA DAFTAR DAN PERMOHONAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah merupakan cara daftar dan membuat permohonan PSU5.0:

  1. Layari psu.perkeso.gov.my
  2. Pilih Permohonan PSU 5.0 > Pilih Sektor Anda.
  3. Pilih Tidak jika anda belum pernah memohon PSU sebelum ini, Tekan Seterusnya.
  4. Pilih Negeri Operasi anda dan masukkan Kod Majikan anda, Tekan Seterusnya.
  5. Isikan butiran yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Tekan butang Hantar.
  8. Anda akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi dan anda boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.

 

CARA KEMASKINI PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah cara untuk kemaskini permohonan PSU5.0:

  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Kemaskini > Program Subsidi Upah 5.0
  3. Masukan Nombor rujukan PSU5.0 dan E-Mel yang didaftar semasa permohonan
  4. Kemudian tekan seterusnya dan anda boleh kemaskini maklumat anda inginkan

Siapakah yang layak menerima Geran Khas Prihatin(GKP) 4.0?

 

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (Lulis/Gagal)

Bagi membuat semakan status permohonan, majikan hanya perlu mengikut langkah-langkah mudah ini :

  1. Layari portal https://psu.perkeso.gov.my dan sila klik pada pilihan
  2. Pada paparan berikutnya, majikan perlu memilih jenis permohonan semakan yang ingin dibuat. Terdapat 3 jenis semakan permohonan iaitu :
    • SEMAKAN PSU 1.0
    • SEMAKAN PSU 2.0 & 3.0
    • SEMAKAN PSU 4.0
    • SEMAKAN PSU 5.0 (tertakluk pada kemaskini terkini)
  3. Selepas membuat pilihan jenis permohonan, majikan dikehendaki memasukkan nombor Rujukan Permohonan PSU beserta emel yang diisi pada borang Permohonan PSU sebelum ini.
  4. Melalui semakan ini, majikan dapat melihat butiran permohonan yang telah diisi, menyemak status permohonan untuk bulan tertentu dan menyemak jumlah pekerja yang diluluskan oleh PERKESO.

 

ADUAN PSU 5.0 PEKERJA TERHADAP MAJIKAN

  • Sekiranya majikan yang menyertai PSU5.0 tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja, pekerja boleh membuat aduan berhubung PSU 5.0 di https://eaduansip.perkeso.gov.my.
  • Sekiranya pihak PERKSESO menerima aduan daripada pekerja berkaitan isu bayaran gaji dan pemberhentian pekerja setelah bantuan PSU diterima, PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula  bayaran yang telah diterima oleh majikan dan tindakan undang- undang boleh diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan PSU5.0 anda boleh hubungi PERKESO ditalian 03-8091 5400 atau https://eaduansip.perkeso.gov.my  dan pengumuman terkini melalui Facebook PERKESO.

TERBARU KWSP membenarkan ahli membuat i-AKAUN KWSP online jer?

41 Comments

  1. Kalau PSU 1.0 sudah dapat bayaran (6 kali), PSU 2.0 (1 kali), PSU 3.0 (belum)
    Sekarang PSU 4.O nak memohon baru atau kemaskan dan bila tarikh
    akhir memohon.
    Terima Kasih.

  2. 1. PSU 4 – mesti memohon baru atau kemaskini dari psu 3?

    2. kalau belum menerima psu 3, boleh kemaskini psu 3 untuk psu 4?

    3. Tarikh akhir pemohonan PSU4?

    4. apakah maksud negative sektor untuk 2 bulan kemudian psu 4?

  3. pertama kali layak memohon PUS 4.0 untuk pekerja dengan gaji lebih dari RM 4,000. Adakah hanya untuk pekerja dengan caruman Socso bulanan layak untuk memohon? Dan bila kita boleh memohon PSU 4.0?

  4. Kalau PSU 1.0 sudah dapat bayaran (6 kali), PSU 2.0 (1 kali), PSU 3.0 (belum)
    Sekarang PSU 4.O nak memohon baru atau kemaskan dan bila tarikh
    akhir memohon.

    Mohon pencerahan.

    Terima Kasih

  5. Hi, nak tanya. Kalau PSU 1.0 ada applied, but PSU 2.0 & PSU 3.0 tak apply. Then untuk PSU 4.0 ni perlu kemaskini sahaja permohonan lama atau perlu buat permohonan baru ya?
    Terima kasih.

    • Tolong bg tau bila boleh start memohon PSU 4.0 ? Bulan bila boleh dpt Upah RM600 ? Kalau pekerja bergaji kurang dari RM4000 boleh dpt memohon PSU4.0?

      Maggie

  6. PSU boleh memohon PSU4.0 bagi pekerja yang bergaji melebihi RM4000.00, adakah terhad sampai gaji berapa tak? Dan pengarah boleh memohon ini tak?

  7. PSU 1.0 sahaja yang dapat. PSU 2.0, 3.0 tak dapat langsung. Ni dah masuk PSU 4.0. Yang tak dapat sebelum ni tuu memang dah tak kan dapat ke macam mana aaaa hm :’)

    • Awak buat aduan, nti dia smk balik, sbb sy yg kedua dn 3dia bayr full hujung bln hr tu, ingt tk dt dh

  8. Bolehkah saya memohon PSU 3.0 Pemerkasa+ dalam bulan Julai 2021 dan
    memohon juga PSU4.0 dalam bulan Ogos 2021 ?

  9. Syarikat Saya pernah menerima Psu tetapi untuk Psu 4.0 kena apply balik ke? Lagi nak tau no rujukan itu rujukan apa?

  10. Berapa bulan bandingan menuruan jualan yang kena dihantar kepada Perkeso semasa saya buat permohonan PSU 4.0
    Adakah mulai bulan Mar 2020 sehingga bulan terkina iaitu bulan Jul 2021.

  11. Bandingan penurunan jualan kena buat berapa bulan semasa permohonan PSU 4.0

    Bandingan jualan mulai dari bulan apa?

  12. Hi , nak tanya
    1. syarikat kami pernah dapat psu 1.0 ~ 3.0 tapi kami nak faham adakah perlu memohon lagi untuk psu 4.0?

    2. Kami tak dapat no rujukan pada masa psu1.0~3.0 , boleh tak bagi kami tahu contoh no rujukan dapat dari mana?

  13. Firm saya pernah buat PSU 1.0, boleh kita memohon PSU 4.0, ada apa syarat untuk memohon, bila boleh memohon

  14. HI,
    Syarikat kami sudah memohon PSU2.0 & 3.0,
    PSU 4.0 jika ada pekerja gaji melebihi rm 4000 ke atas cuma perlu mengemaskini maklumat pekerja sahaja ?Boleh ajar cara-cara ?

  15. Syarikat saya baru memohon utk psu 2.0 dan 3.0 adakah sya perlu membuat kemaskini semula untuk psu 4.0 sedangkan bilangan pekerja tiada perubahan apa2.

  16. Bagaimanakah majikan hendak membuktikan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 30% peratus atau lebih? Bulan yang mana perlu berbanding dan berapakah bulan perlu ditunjuk?
    Adakah mulai bulan Mar 2020 sehingga bulan terkini iaitu bulan Jul 2021?

  17. Syarikat kami ada dua orang pekerja baru yang mulai kerja dari 17/5/2021,adakah kelayakan untuk memohon PSU4.0

  18. Selamat tengah hari Tuan/Puan, saya ingin mengemaskini nombor pekerja saya , tetapi dalam system hanya boleh kemaskini Sector.

    Bolehkah saya tanya Tuan/Puan di mana saya boleh tukar?

  19. Selamat petang,
    1) Saya ingin membuat kemaskini tetapi kerana bekerja di rumah, tidak ada nombor rujukan. Bagaimana harus saya teruskan?
    2) Apakah senarai untuk “sektor dalam senarai negatif (Fasa Ketiga)”?
    Terima kasih.

  20. Hi ,
    Kami ingin memohon PSU 4.0 , boleh tunjuk ajar bagaimana hendak memohon?

    Bila kita boleh mula memohon PSU4.0?

    Terima kasih.

  21. saya nak tanya, saya pernah dapat psu 1.0, adakah perlu buat permohonan baru, sebab bila saya buat semakan, dia cakap tiada permohonan subsidi upah diterima

    • Ya, perlu buat permohonan baru untuk PSU3.0 Pemerkasa+. Nanti bulan depan pun nak memohon baru juga untuk PSU4.0.

  22. Hi ,PSU 1.0 sudah dapat (6 bulan).PSU 2.0-3.0 sudah permohonan tapi belum dapat lagi.Bolehkah saya memohon PSU 3.0 pemerkasa dan PSU 4.0 sekali di dalam bulan julai.

  23. nak tanya PSU 4.0 kata negative boleh dapat bayaran 2 bulan + 2 bulan extra, tapi masalahnya saya dapati bila saya nak kemaskini,tak boleh key in amount -10000.00 misal kata.tanda negative tak boleh key in. so macam mana pihak kerajaan dapat tau premis tersebut berada keadaan negative?

  24. Saya telah memohon psu 4.0 pada 22.9.21 tetapi sekarang saya hendaklah kemaskini untuk pekerja saya Yang telah berhenti kerja iaitu untuk kurangkan pekerja. Apakah cara untuk beroperate in system. Mengapakah system kini tunjuk bulan pertama ialah 05/2022?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *