SENARAI LOKASI PUSAT REHABILITASI PERKESO(Jenis Rawatan & Kadar Bayaran)

Utama / PUSAT REHABILITASI PERKESO / SENARAI LOKASI PUSAT REHABILITASI PERKESO(Jenis Rawatan & Kadar Bayaran)

SENARAI LOKASI PUSAT REHABILITASI PERKESO(Jenis Rawatan & Kadar Bayaran)

Sekiranya anda orang berinsurans PERKESO dan bukan pencarum PERKESO memerlukan perkhidmatan rehabiltasi, anda boleh mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO. Disini kami akan kongsikan maklumat dan senarai lokasi sedia ada, semoga membantu.

 

APA ITU PUSAT REHABILITASI PERKESO

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, hak milik penuh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa yang mengintegrasikan rawatan Rehabilitasi Perubatan dan Vokasional. PusatRehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni iaitu untuk membantu Orang Berinsurans PERKESO dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.

 

KELAYAKAN RAWATAN PUSAT REHABILITASI 

Berikut adalah merupakan kelayakan mengikut katagori:

  • Kategori A (Pencarum PERKESO)
    • Orang Berinsurans PERKESO yang mengemukakan tuntutan di bawah Akta berikut:
      • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 – Skim Faedah Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
      • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 – Skim Bencana Pekerjaan
      • Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
    • Kategori B (Bukan Pencarum PERKESO)
      • Individu (Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia) yang bukan pencarum PERKESO.

 

KADAR BAYARAN PUSAT REHABILITASI PERKESO

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang dikenakan:

  • Kategori A – Tiada bayaran dikenakan
  • Katagori B – Bukan pencarum PERKESO, terdapat kos bayaran yang akan dikenakan mengikut pelan rawatan yang ditetapkan, rujuk DI SINI

 

JENIS RAWATAN PUSAT REHABILITASI PERKESO

Kriteria utama untuk mendapatkan rawatan adalah stabil dari segi kesihatan dan memerlukan rawatan rehabilitasi perubatan dan vokasional. Terdapat pelbagai jenis kecederaan yang melibatkan kecederaan di tempat kerja dan penyakit lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, antaranya:

Strok

  • Kecederaan saraf tunjang
  • Traumatic Brain Injury (TBI)
  • Kecederaan muskuloskeletal
  • Lain-lain kecederaan yang berkaitan

 

TEMPOH MASA RAWATAN PUSAT REHABILITASI

Tempoh rawatan adalah bergantung kepada keperluan dan tahap kecederaan setiap pelanggan. Pemantauan tempoh rawatan adalah berdasarkan Rehab Action Plan yang disediakan bersama pihak pelanggan.

 

LOKASI & WAKTU OPERASI PUSAT REHABILITASI 

Berikut adalah merupakan lokasi dan waktu operasi:

LOKASIWAKTU OPERASI
Pusat RehabilitasiPERKESO Tun Abdul Razak, Melaka

 

Isnin hingga Jumaat ( 9 pagi – 5 petang)

Sabtu (9 pagi -1 petang)

Wad & Asrama (24 jam)

Fit-Port Centre Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor

 

Isnin hingga Jumaat ( 8 pagi – 5 petang)

Sabtu/Ahad/Cuti Umum (Tutup)

Pusat RehabilitasiPERKESO Kuala Terengganu, Terengganu

 

Ahad hingga Khamis ( 8 pagi – 5 petang)

Sabtu (8 pagi -1 petang)

Jumaat/Cuti Umum (Tutup)

Pusat RehabilitasiPERKESO, Quill City Mall Kuala Lumpur

 

Isnin hingga Jumaat ( 9 pagi – 6 petang)

Sabtu (9 pagi -1 petang)

Ahad/Cuti Umum (Tutup)

Pusat RehabilitasiPERKESO Ara Damansara

 

Isnin hingga Jumaat ( 8 pagi – 6 petang)

Sabtu (8 pagi -1 petang)

Wad (24 Jam)

Ahad/Cuti Umum (Tutup)

 

PERMOHONAN RAWATAN PUSAT REHABILITASI 

Sekiranya berminat untuk menjalani rawatan, anda boleh berhubung terus dengan Pusat rawatan yang berdekatan dengan hubungi talian seperti berikut :

  • Pusat RehabilitasiPERKESO Tun Abdul Razak, Melaka (+06 235 4000)
  • Pusat RehabilitasiPERKESO Ara Damansara, Selangor (+603 7832 7595)
  • Pusat RehabilitasiPERKESO Kuala Terengganu, Terengganu (+609 620 5545)
  • Pusat RehabilitasiPERKESO, Quill City Mall Kuala Lumpur (+013 330 2249)
  • Fit-Port Centre Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor (+607 585 2666 )

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat Rehabilitasi , sila layari website rasmi PERKESO di pautan https://www.rehabmalaysia.com/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT SEMAKAN SARINGAN KESIHATAN PEKERJA (HSP) PERKESO GUNA APLIKASI SEHATI

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *