PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA (Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli )

Utama / QUICK WIN JAKOA / PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA (Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli )

PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA (Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli )

Kepada usahawan orang Asli, kini pihak JAKOA telah membuka permohonan Quick Win JAKOA untuk mendapatkan bantuan peralatan.  Bagaimana cara untuk membuat permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU QUICK WIN JAKOA

Quick Win JAKOA adalah merupakan bantuan peralatan yang bertujuan untuk membantu usahawan Orang Asli dalam meneruskan kelangsungan perniagaan dalam menyediakan geran peralatan atau latihan beserta latihan yang bersesuaian.

Objektif bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Menyediakan geran bantuan peralatan kepada usahawan Orang Asli bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
  • Membantu usahawan Orang Asli yang terjejas semasa pandemik COVID-19.
  • Membantu usahawan Orang Asli B40 ke bawah.
  • Membantu mengembangkan perniagaan hasil jualan.

 

TARIKH PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA

Permohonan bantuan dibuka mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.

 

KADAR BANTUAN & PENERIMA QUICK WIN JAKOA

  1. Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM5,000 maksima bagi setiap peralatan.
  2. Kuota bilangan penerima pada tahun 2022 adalah sebanyak 60 usahawan Orang Asli dan kumpulan sasar penerima yang ditetapkan adalah seperti:
    • Usahawan Orang Asli yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
    • Usahawan Orang Asli B40 dan ke bawah.

 

SYARAT PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA

Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan bantuan peralatan Qucik Win JAKOA:

  1. Usahawan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh Pegawai Negeri/ Daerah JAKOA.
  4. Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan.
  5. Jumlah pendapatan tahunan dibawah RM150,000.00.

 

SKOP BANTUAN 

Bagi permohonan bantuan ini melibatkan 3 jenis bantuan iaitu:

  • Peralatan ICT
  • Peralatan packaging
  • Peralatan peruncitan

 

Bantuan Peralatan ICT

  1. Bantuan ini terbahagi kepada 2 pakej:
    • A1 – Mesin Pencetak / Komputer Riba
    • A2 – Mesin Pencetak / Telefon Pintar
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan mahir menggunakan peralatan ICT
    • Kawasan perniagaan mempunyai capaian internet yang baik.
    • Mempunyai produk untuk ditawarkan secara atas talian.
    • Usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian akan diberikan keutamaan.
    • Komited untuk mengembangkan perniagaan menggunakan teknologi dan inovasi.

Peralatan Packaging

  1. Bantuan peralatan Packaging yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
    • Plastic Sealer
    • Penimbang Digital
    • Price Labeller
    • Mesin Juruwang
    • Mesin Pencetak Sticker
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.
    • Mahir mencipta reka bentuk jenama sendiri.

Peralatan Peruncitan

  1. Bantuan peralatan peruncitan yang boleh dipohon adalah seperti:
    • Boltless Rack
    • Chiller
    • Price Labeller
    • Mesin Juruwang
    • Penimbang Digital
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan yang memerlukan peralatan peruncitan bagi mengembangkan perniagaan.

 

DOKUMEN PERMOHONAN 

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Sijil lahir.
  • Salinan SSM (jikalau ada).
  • Salinan latihan/kursus perniagaan yang pernah dihadiri.
  • Maklumat bantuan yang pernah diperolehi.
  • Kertas Cadangan Rancangan Perniagaan.
  • Gambar Passport Pemohon.
  • Gambar Premis (depan dan belakang).
  • Gambar peralatan perniagaan, gambar dalam premis dan gambar produk.

 

CARA PERMOHONAN QUICK WIN JAKOA

Sekiranya berminat dan memenuhi syarat permohonan serta telah sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

Permohonan Secara Online

  1. Layari google form permohonan: https://forms.gle/Tc7HHhEozvMkdT7Q6
  2. lengkapkan segala maklumat yang diperlukan, dan klik Next bagi paparan seterusnya.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran borang.

Permohonan Manual Di Cawangan JAKOA

  1. Hadir ke cawangan JAKOA berhampiran
  2. Lengkapkan Borang BBUPI.1/98 (Borang Permohonan Pemberian Peruntukan Bimbingan Usahawan Dan Perusahaaan & Industri Kepada Orang Asli Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan quick win JAKOA, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL:BANTUAN MODAL PERNIAGAAN UNTUK WANITA

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *