HARGA RAWATAN AKAR GIGI(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Utama / RAWATAN AKAR GIGI / HARGA RAWATAN AKAR GIGI(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA RAWATAN AKAR GIGI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Adakah gigi anda mempunyai masalah akar gigi? Sekiranya Ya, anda boleh cuba membuat rawatan akar gigi. Di sini kami akan kongsikan kadar harga rawatan di klinik Kerajaan dan Swasta bagi tahun 2024, semoga membantu.

 

APA ITU RAWATAN AKARGIGI

Rawatanakar (rawatan endodontik) adalah satu rawatan alternatif bagi gigi yg rosak dimana tisu pulpa telah dijangkiti kuman dan tidak dapat diselamatkan lagi. Rawatan ini khususnya bertujuan untuk mengekal gigi tersebut di dalam mulut dan kembali berfungsi.

 

KENAPA PERLU RAWATAN AKARGIGI

Terdapat beberapa tanda dan gejala yang menyebabkan anda perlu untuk menjalani rawatan akargigi iaitu:

  • Kesakitan yang teruk apabila mengunyah atau menggigit.
  • Gigi retak atau patah.
  • Kepekaan berlarutan terhadap objek panas atau sejuk.
  • Sakit atau gusi bengkak.
  • Gigi hitam.

 

HARGA RAWATAN AKAR GIGI KLINIK SWASTA

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi klinik pergigian swasta:

NoJenis Rawatan Akar GigiHarga
1Rawatankanal akar (gigi hadapan)RM600-RM800
2Rawatankanal akar (gigi belakang)RM800-RM1,800

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Klinik Swasta setiap kawasan yang anda kunjungi

 

HARGA RAWATAN AKAR GIGI KLINIK KERAJAAN

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi klinik pergigian kerajaan:

NoJenis RawatanKelas Satu (RM)Kelas Dua (RM)Kelas Tiga (RM)Pesakit Luar (RM)
1Rawatan kanal akar (gigi hadapan)RM75RM60PercumaRM4
2Rawatankanal akar (gigi belakang)RM150RM115PercumaRM4

Nota: Untuk mengetahui kadar harga atau caj yang dikenakan di klinik pergigian kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik pergigian terdekat atau merujuk website rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia

 

KESAN RAWATAN AKARGIGI

Berikut adalah merupakan kesan sampingan yang ada jika membuat rawatan ini:

  1. Tiada jaminan bahawa rawatan akar seratus peratus akan berjaya seperti:
    • Jalur akar tidak boleh dibersihkan sepenuhnya.
    • Terdapat halangan akar yang tidak dapat dijumpai (Terusan Hilang), kerana ia terlalu kecil atau disebabkan oleh kehadiran “Batu” pada saraf (Pulp Stone).
    • Alat (fail Endo yang kelihatan seperti jarum) yang digunakan boleh dipecahkan di saluran akar. Ini boleh berlaku dalam kes 2.6% dan lebih biasa pada gigi di bahagian atas rahang dan pada akar berpintal.
    • Perforasi atau alat meresap dari gigi juga boleh digunakan untuk 4% pesakit.
  2. Pesakit perlu datang beberapa kali untuk mendapatkan rawatan dan tempoh rawatan yang panjang akan menyebabkan rahang pesakit sedikit diturunkan.
  3. Gigi Boleh Menjadi Rapuh Dan Mudah Patah Selepas RawatanAkar.
  4. Gigi Boleh Berubah Warna Menjadi Sedikit Gelap.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI HARGA CROWN GIGI MALAYSIA TERKINI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *