RAYUAN BPR FASA 2:Semakan Tarikh Pembayaran September 2021)
Setelah anda semak status SEMAKAN STATUS BPR FASA 2 dan jika anda gagal, Sebagai maklumat kepada anda , Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan proses rayuan dibuka bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak.
Jika anda merupakan pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang mana permohonan anda tidak diluluskan, dimaklumkan bahawa anda boleh buat permohonan rayuan BPR akan dibuka mulai 15 Jun 2021.
Baca juga cara CLAIM DUIT SOCSO 2021:CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian,Kemalangan,Accident,Cacat)
KATEGORI LAYAK MEMBUAT RAYUAN
Terdapat hanya dua kategori pemohon yang boleh membuat rayuan BPR iaitu:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.
CARA BUAT RAYUAN BPR FASA 2
Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
Secara online :
- Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
- Klik pada ikon ‘Rayuan’
- Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Anda harus mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Secara janji temu :
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu. Baca cara buat JANJI TEMU LHDN ONLINE (e-Janji Temu):PERMOHONAN TEMU JANJI UNTUK RAYUAN BPR
CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021 YANG TELAH DIHANTAR
- Semakan semula Permohonan Rayuan BPR 2021 yang telah dihantar boleh dibuat di Portal Rasmi BPR LHDNM,
- Masuk ke https://bpr.hasil.gov.my
- Tekan Menu MyBPR > Maklumat Rayuan
- Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan
TARIKH PEMBAYARAN RAYUAN BPR FASA 2
Pemohon yang berjaya dalam permohonan rayuan BPR akan menerima pembayaran BPR Tambahan dan BPR Fasa penghujung September 2021.
KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN
Bagi pemohon yang gagal untuk mendapat BPR tetapi ingin membuat rayuan, anda perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus. Anda perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dengan kod tidak lulus untuk anda muat naik jika mohon secara online ataupun bawa ke pejabat LHDN jika anda membuat temujanji rayuan BPR.
KOD | Alasan kepada KOD tidak lulus | Dokumen Sokongan yang harus disedikan |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan | MyKAD Pemohon |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan | Dokumen Pengenalan Pasangan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang | – Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa | Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021 |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
11 | Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau – Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai perniagaan yang sama. |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian | – Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau – Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau – Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon. |
20 | Semakan mendapati anak pemohon/pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi | Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa. |
21 | Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan |
22 | Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pemohon |
23 | Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan |
24 | Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin – MyKAD Pemohon; dan Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan |
25 | Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pasangan |
26 | Anak telah membuat permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
27 | Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
29 | Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
30 | Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
31 | Status perkahwinan perlu pengesahan | – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan | – Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan – Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan) |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan | – Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau – Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia) |
35 | Anak meninggal dunia | Anak berkenan tidak layak dipertimbangkan |
36 | Pemohon/pasangan penerima GKP | Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
37 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan | Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan | -Slip gaji Mac/April 2021; atau – Akuan pengesahan pendapatan. |
39 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan | Pengesahan pendapatan – Slip gaji Mac / April 2021; atau Pengesahan pemilikan perniagaan – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga |
Saya semak status saya not Tak dapat log masuk Dan saya belum dapat ,bpr
Suami Tak kej anak 2 😥 bpr fasa 2tidak lulus tamban pun Tak Ada apa apa pun Tak Ada
Rayuan BPR 2 diluluskan tetapi masih belum menerima amount yang diluluskan seperti yang di lihat dalam App. Bilakah amount tersebut akan di kreditkan ke dalam akuan?
Saya tak dapat bpr macam mana nak semak status bpr lulus ka tak…
Semak kelulusan