Permohonan Rayuan Haji 2024(Guna thijari.com.my)

Utama / Rayuan Haji / Permohonan Rayuan Haji 2024(Guna thijari.com.my)

Permohonan Rayuan Haji 2024(Guna thijari.com.my)

Sekiranya anda ingin membuat rayuan haji 1444H/2023M, kini Lembaga Tabung haji telah membuka permohonan rayuan.  Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my. Untuk maklum anda, rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan hajii pada tahun sebelum ini. Sila berbuat demikian sekali lagi pada tahun ini. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

Kelayakan Jemaah Membuat Rayuan Haji

  • Semua pendeposit TH;
  • Telah mendaftar haji; dan
  • Telah mendaftar THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI).

 

Kategori RayuanTunai Haji

Kategori rayuan tunaihaji adalah seperti berikut:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih.
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah).
  • Isteri mengikut suami terpilih.
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas).
  • Isteri mengikut suami dan madu terpilih.
  • Bakal haji orang kurang upaya (OKU).
  • Bakal haji muallaf.
  • Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas).
  • Bakal haji daftar lama.
  • Lain-lain rayuan.

 

Cara Buat Rayuan TunaiHaji

Rayuanhaji online boleh dibuat melalui laman web rasmi www.thijari.com.my. Langkah membuat rayuan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Klik Perkhidmatan Haji
  • Langkah 2: Klik Rayuan Hajii
  • Langkah 3: Klik Rayuan Permohonan Hajii
  • Langkah 4: Baca Garis Panduan
  • Langkah 5: Klik ‘Saya Faham’
  • Langkah 6: Sila Pilih Kategori Rayuan Hajii
  • Langkah 7: Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  • Langkah 8: Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  • Langkah 9: Klik ‘Hantar’
  • Langkah 10: Muat Turun Surat Akuan

 

Tempoh Rayuan Haji Dibuka

Rayuan  dibuka bermula (akan diekmaskini kemudian)

 

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan RayuanHaji Online melalui Aplikasi THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

 

Artikel Lain

CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI (Guna JomPay)

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *